• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Sorento (2020) Guna Enjin Hibrid 1.6L Turbo, Enjin Kecil Kuasa Besar

Kia Sorento (2020) Guna Enjin Hibrid 1.6L Turbo, Enjin Kecil Kuasa Besar

February 20, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Sorento baharu yang bakal ditayangkan Mac depan tidak hanya menampilkan rekabentuk segar, tetapi juga trenkuasa yang mengejutkan untuk pasaran Korea, Eropah dan Amerika Utara. Bayangkan SUV sebesar Sorento dipacukan enjin 1.6L T-GDi (Turbocharged Gasoline Direct Injection)!

Mampukah enjin itu mengusung SUV sebesar Sorento, dan ditambah pula membawa muatan 7 penumpang? Faktanya, Kia memadankan enjin tersebut dengan motor elektrik dengan menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu sebagai model hibrid.

BACA >>> #Spyshot: Kia Sorento (2020) Serba Baharu Dikesan

SUV ini menggunakan motor elektrik berkuasa 44.2kW, dan pek bateri polimer lithum-ion polimer 1.49kWh. Ini memberikan output kuasa setinggi 228hp dan tork 350Nm, cukup berkuasa untuk sebuah SUV segmen-D seperti Sorento.

Pek bateri ditempatkan di bawah platform, sekali gus tidak menjejaskan kabin atau ruang but. Pelanggan di Korea dan Eropah diberi tambahan pilihan enjin: diesel 2.2L Smartstream berkuasa 2oohp dan tork 440Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan, 8DCT. Kia juga bakal menawarkan beberapa pilihan enjin pada masa akan datang seperti hibrid plug-in.

BACA >>> Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

Kia Sorento 8DCT 1
Kia Sorento 8DCT

Dari segi saiz, Sorento generasi keempat ini sedikit besar berbanding generasi terdahulu. Panjang keseluruhan ditambah 10mm dengan jarak roda meningkat 35mm kepada 2,815mm. Ruang kabin kini lebih luas berbanding SUV pesaing dalam segmen sama, termasuk ruang but luas.

Selain trenkuasa dan platform, Sorento juga bakal menerima teknologi keselamatan baharu, iaitu Brek Multi-Rempuhan (Multi-collision Brake, MCB) yang mana SUV akan membrek automatik apabila beg udara aktif apabila berlaku perlanggaran awal, sekali gus melindungi penumpang daripada impak susulan dari depan dan sisi.

Teknologi MCB akan ditawarkan pada pasaran tertentu, siap dengan ciri 8 beg udara, termasuk lutut.

BACA >>> Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

GALERI
Kia Sorento 8DCT
Kia 1.6 Turbo Hybrid engine
Kia Smartstream 2.2 Diesel engine
Kia Sorento 1
Kia Sorento 8DCT 1
Kia Sorento Platform
Kia Sorento

Related

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, kia sorento, Kia Sorento (2020), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev