GO AUTO Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.
Go Auto menerima surat niat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekalkan 425 unit MPV kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira dan Waja yang sudah berusia secara berperingkat.
BACA >>> Go Auto-Higer Ace Dilancarkan - Van 15-18 Penumpang Harga Berbaloi, Bermula RM138k
Setiap unit MPV akan dipakejkan bersama servis percuma selama lima tahun dan turut dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapkan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.
Persiapan unit prototaip MPV ini adalah antara usaha Go Auto sebagai langkah awal mendapat kelulusan segera dan seterusnya menyempurnakan penghantaran semua 425 unit MPV tersebut. Go Auto mensasarkan 100 unit pertama akan dapat digunakan PDRM menjelang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.
BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia
Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM dalam jangka masa kurang dua bulan, manakala baki 325 unit akan menyusul dua bulan kemudian.
SM Azli berkata;
Ketika ini Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir daripada Kementerian Kewangan bagi pembekalan tersebut.
"Ini tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit kenderaan pacuan empat roda (4x4) pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih awal dari jadual.
"Go Auto terlibat secara aktif dalam tender terbuka Kerajaan dan swasta ketika ini kerana ia sebahagian cabang perniagaan (business diversification) dan fokus utama kepada ‘Special Vehicle’. Saingan dalam industri automotif masa kini memerlukan Go Auto bergerak lebih agresif dan kreatif supaya kekal berdaya saing di pasaran."
Leave a Reply