• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

February 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA ujian pramusim Sepang lalu ramai peminat permotoran dapat menyaksikan dua legenda, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo sedang serius berbincang sesuatu dan jelas terlihat keakraban mereka.

Kedua-dua pelumba legenda itu seperti sudah berdamai selepas pernah bergeseran pada 2015 yang membuatkan Lorenzo makan hati dan memilih angkat kaki meninggalkan Yamaha.

Gambar mungkin tidak mampu mengungkap segalanya. Mungkin juga masing-masing bersikap profesional dan cuma bercakap hal-hal yang perlu saja. Apatah lagi Rossi dan Lorenzo kini bukan lagi seteru atau pesaing. Agaknya apa pendapat Lorenzo tentang apa yang berlaku sekarang. Jom kita Ikuti temu buat singkat yang dipetik daripada portal Speedweek ini:

Dulu kamu pelumba yang ada karakter kontroversi. Tapi sekarang sudah sedikit berubah dalam beberapa bulan terakhir. Boleh komen sikit?

LORENZO : Aku selalu dengar komen buruk apabila bersaing dengan Rossi. Paling kemuncak selepas kontroversi di Malaysia (2015).  Seiring masa berlalu, luka sudah sembuh. Orang sudah lupa perkara positif dan negatif dengan cepat. Dari semasa ke semasa, peminat  sudah boleh faham aku dengan baik, atau aku sebenarnya yang berubah.

Akupun rasa sesetengah mereka turut tersentuh masa sidang akhbar kat Valencia tahun lepas, maklum balas itu sangat bagus.

Sekarang  aku bukan lagi pelumba pengilang dan bekerja dengan penaja. Aku bebas nak kongsi apa saja di media sosial dan tunjuk kehidupan sebenar aku. Nampaknya ramai orang suka, tapi biasalah, masih ada yang menentang. Hidup aku sekarang lebih banyak travel dan aku seronok.

Ada juga cemburu, tapi nanti mereka akan biasa juga kerana itulah apa yang akan terjadi dalam hidup, setidak-tidaknya untuk saat ini. Setiap orang ada rasa benci dan cemburu, biasalah manusia, terima saja.

BACA >>> Puig: Honda Tak Kecil Hati, Ikut Suka Lorenzo Nak Buat Apa Saja

Macam mana hubungan dengan Rossi?

LORENZO: Susah sebenarnya hendak ramah dengan musuh, terutama kami semua 'pembunuh' di MotoGP. Marc adalah pembunuh, Valentino pembunuh, aku pun pembunuh. Semua nak menang dan takkan bagi peluang kepada pelumba lain. Itu yang buatkan kami susah hendak berkomunikasi, habiskan masa bersama atau ada rasa kasihan.

Bukanlah benci sebenarnya, cuma nak mereka bawa motor perlahan supaya masing-masing boleh menang. Dalam insiden emosional seperti di Sepang 2015, ketegangan berubah jadi api dan hubungan jadi makin buruk.

BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

 

View this post on Instagram

 

First laps with my M1 😍 #MotoGP #SepangTest #shakedown @motogp

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on Feb 6, 2020 at 2:15am PST

Aku ada bercakap dengan Rossi, semakin jauh kami dengan pelumba lain, semakin baik pula hubungan kami, setidaknya sampai sekarang.

Kami ada hubungan terbaik masa lalu ketika aku atau dia di Ducati. Tapi sekarang, kami lebih dekat dari sebelumnya, mungkin sebab kami ada misi yang sama, iaitu mahu Yamaha menang. Ya, aku mahu tengok Rossi, Fabio (Quartararo) dan Maverick (Vinales) menang MotoGP.

SUMBER: SpeedWeek

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Jorge Lorenzo, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, Valentino Rossi, Yamaha Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my