• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tertinggal dalam Kereta Hampir 4 Jam, Bapa Hilang Anak Selamanya

Tertinggal dalam Kereta Hampir 4 Jam, Bapa Hilang Anak Selamanya

February 18, 2020 By Azhan O Leave a Comment

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-gara terlupa, seorang bapa kehilangan bayi perempuan buat selama-lamanya selepas tertinggal dalam kereta dan hanya menyedari kelekaannya itu ketika hendak keluar makan tengah hari sekitar jam 1 tengah hari, semalam.

Insiden menyedihkan itu berlaku di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Pada hari kejadian semalam, bapa tersebut perlu menghantar dua anak lain ke sekolah, termasuk isterinya ke tempat kerja.

Namun, dia terlupa menghantar anak kecilnya ke pusat jagaan, sebaliknya terus masuk kerja pada jam kira-kira 9 pagi. Bayi tersebut kemudian dibawa bapanya itu ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dan disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tengku Aampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA >>> Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta

KOMEN KAMI

Takziah kepada keluarga mangsa. Sebenarnya ini bukan insiden pertama di Malaysia pasal kes ibu bapa terlupa bayi kecil mereka di belakang kereta. Malah kes sebegini turut dilaporkan serata dunia.

Suami isteri harus saling ingat mengingati dan saling pesan memesan. Janganlah anggap apabila sesuatu tugas itu sudah jadi rutin, maka masalah lupa tidak akan berlaku. Masalah terlupa boleh berlaku kepada sesiapa saja, dan pada bila-bila masa. Jadi tidak perlulah kita mengecam sesiapa dan jadikan kemalangan ini sebagai pengajaran.

BACA >>> #SembangDeras: Campak Kasut ke Belakang untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

SUMBER: AstroAwani

Related

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bayi Maut dalam Kereta, kemalangan, Mohamed Noor Yusof Ali, Tertinggal Anak dalam Kereta, Tertinggal Bayi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev