• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki ZX-25R Akan Muncul di Indonesia 4 April Nanti?

Kawasaki ZX-25R Akan Muncul di Indonesia 4 April Nanti?

February 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, nasib Kawasaki Motors Malaysia (KMM) masih samar-samar selagi Modenas dan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) tidak mengumumkan usahasama (JV) kedua-dua entiti itu secara rasmi dengan memperincikan operasi pengurusan.

Jadi, ketibaan model Kawasaki ZX-25R kekal menjadi tanda tanya. Namun, lain pula cerita dari Indonesia yang memang meriah dengan produk sportbike. Terbaharu, pengedar rasmi jenama Kawasaki di negara jiran itu, PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mengeluarkan video acah kedua sempena acara Kawasaki Bike Week 2020 di Jakarta, April nanti.

BACA >>> Kenapa Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Menjerit Lain Macam?

Menariknya, dalam video acah di atas itu kelihatan beberapa perincian motosikal seperti fasia depan, enjin 4-silinder dan paling jelas, sosok badan ZX-25R yang bakal didedahkan, 4 April nanti.

Kawasaki Bike Week memang selalu menjadi acara rasmi untuk Kawasaki memperkenalkan model baharu, dan kali ini isyarat kuat menunjukkan ZX-25R akan menjadi bintang utama. Persoalannya, adakah model itu bakal melakukan pelancaran global di Indonesia atau sekadar previu selepas debut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 lalu?

Logiknya, ZX-25R mustahil akan dilancarkan April depan di Indonesia kerana kami difahamkan model tersebut hanya siap sedia di pasaran penghujung tahun ini. Ini bermakna, pengguna bakal menerima ZX-25R versi 2021. Mungkin, KMI membawakan sportbike suku liter itu sebagai model pratonton sahaja sebagai negara kedua selepas Jepun.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Dedah Ninja ZX-25R, Sportbike Suku Liter Paling Berkuasa!

Kita tunggu sahaja April nanti.

GALERI

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ekzos ZX-25R, Kawasaki, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki Motor Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki ZX-25R, KHI Japan, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my