SEBARANG simbol yang menyala pada panel meter kereta tidak boleh dipandang ringan. Sama macam manusia, kereta pun ada ragam tersendiri. Jadi sebagai pemilik, anda sepatutnya peka dengan jenis simbol tersebut yang berfungsi sebagai indikator masalah kereta.
Antara indikator yang selalu menimbulkan kerisauan dan kegelisahan ialah simbol bateri. Ini kerana bateri ialah komponen penting dalam sistem penjanaan enjin kereta. Kekerapan simbol bateri menyala sebenarnya bergantung kepada cara anda menyenggara komponen kuasa itu.
Indikator bateri menyala tidak semestinya menandakan jangka hayat bateri sudah di hujung nyawa, tetapi boleh jadi disebabkan masalah seperti berikut:
- Sistem pendawaian kuasa
- Alternator
- Fius
- Simpanan kuasa bateri
Bagaimanakah hendak memeriksa dan mengenal pasti masalah tersebut?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Elak Bateri Kereta 'Kong' Tiba-Tiba?
1. INDIKATOR BATERI KELIP-KELIP
Simbol bateri berkelip-kelip menandakan terdapat masalah pada sistem sambungan wayar dari alternator ke bateri. Periksa kondisi wayar yang disambungkan. Adakah terlalu KETAT atau LONGGAR? Jika longgar, ketatkan. Masalah ini kerap berlaku bawah fius di tepi bateri.
1.1. JIKA IKATAN WAYAR TERLALU KETAT?
MASALAH: Sambungan wayar mungkin reput dan berkarat kerana sudah berusia. Wayar akan jadi sangat panas kerana menahan arus elektrik tinggi hingga mencapai tahap maksimum 80amp ke dalam bateri. Ditambah wap yang terhasil daripada bateri, proses pereputan helaian wayar berlaku cepat hingga kuasa alternator tidak stabil.
PENYELESAIAN: Kikis dan bersihkan hujung wayar sampai berkilat. Kemudian, sambungkan hujung wayar itu dengan kepala pengikat kaki fius 80amp menggunakan besi pateri (soldering iron). Ini lebih selamat dan kuat. Lepas siap dipateri, tutup dan lilit kembali kotak fius dengan pita supaya kemas.
1.2. JIKA IKATAN WAYAR LONGGAR?
MASALAH: Ikatan wayar dalam kotak fius 80amp longgar boleh menjejaskan kestabilan arus elektrik yang menyebabkan indikator bateri berkelip-kelip.
PENYELESAIAN: Ketatkan skru penyambung antara wayar dan kaki fius.
1.3. KEPALA BATERI LONGGAR
MASALAH: Kepala bateri yang tidak diikat sempurna juga boleh menyebabkan indikator bateri berkelip. Kepala bateri bahagian bumi (grounding) jika tidak diikat kuat akan menyebabkan masalah seperti radio kurang dapat signal atau berbunyi desir.
PENYELESAIAN: Ketatkan skru kepala bateri di bahagian grounding.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Panjangkan Hayat Bateri Sel Basah
2. INDIKATOR BATERI MENYALA SELEPAS ENJIN DIHIDUPKAN
Ini menunjukkan kuasa kereta anda sedang mengalami kerosakan kekal. Periksa setiap komponen untuk mengesan punca kerosakan tersebut. Berikut langkah pemeriksaan yang boleh dibuat:
- ALTERNATOR: Tanggalkan sambungan bateri tanpa perlu mematikan enjin, Jika enjin masih terus hidup, maka alternator masih baik. Jika enjin terus mati, alternator anda rosak.
- FIUS: Kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar. Anda boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung sudah putus.
- BATERI: Guna multimeter, seeloknya jenis digital supaya mudah dibaca. Paling mudah, pergi kedai bateri dan minta mekanik periksa. Jangan lupa tanya berapa peratus kuasa bateri masih ada, dan minta dia tunjukkan.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?
SUMBER: KhairulAzman
Redha says
Kereta proton gen2 saya mengalami simbol bateri meyala terus selepas enjin dihidupkan. Saya dah buat cabut sambungan alternator semasa enjin hidup, periksa fius semua ok. Tapi simbol tu tetap menyala. Hampir 2 tahun saya guna kereta simbol bateri menyala. Masalah menggangu pandangan mata bila tgk simbol tu.
CHAIRUL AKBAR says
Proton saga flx, lampu battery berkedip bila setiap tukar battrry baru, menyala bila signal kiri atau kanan on, blower akan naik turun mengikut rentak signal
Ezadshah says
Selepas saya tukar bateri lampu bateri tu kerap berkelip kelip. Kadang kadang ada kadang xdo..adakah bateri tersebut kurang baik..alternatir last year sudah tukar
Nizam says
Assalamualaikum dah tau punca ke masalah saya sama dengan kereta tuan.boleh share x AP masalah.
perodua ipoh says
terima kasih dan sangat membantu
ISMAIL BIN SAMAT says
Simbol bateri menyala jika saya terus memandu adalah ianya boleh merosakan enjin atau bateri
Azhan O says
Tak. Cuma ada risiko kereta berhenti tiba2