• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson Electra Glide Standard Kini di Bilik Pameran, Harga Mula RM132k

Harley-Davidson Electra Glide Standard Kini di Bilik Pameran, Harga Mula RM132k

February 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NOVEMBER lalu, Harley Davidson Malaysia (Harley-Davidson) mengumumkan barisan model 2020 yang sekian lama dinantikan peminat motosikal jenama Amerika Syarikat (AS), termasuklah edisi touring baharu, Electra Glide Standard.

Electra Glide Standard kini sudah berada di pusat jualan Harley-Davidson Petaling Jaya pada harga bermula RM132,400 dalam warna Vivid Black (hitam). Ini ialah model touring tradisional khas buat penunggang yang mahukan pengalaman kembara sebenar di lebuh raya.

BACA >>> Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2020 untuk Malaysia, Harga Mula RM62.8k

Dipacu trenkuasa Milwaukee-Eight V-Twin, Electra Glide Standard menawarkan deruman dan respons terotel lancar dengan menampilkan gaya Harley-Davidson fairing batwing ikonik, kemasan krom, beg pelana standard, dan rim tuang aluminium.

Electra Glide Standard dilengkapkan teknologi tunggangan dan pengendalian terkini seperti kawalan jelajah elektrik, absorber belakang teknologi emulsi, fork depan 49mm dengan suspensi injap dwi-lentur dan brek Brembo Reflex® Linked dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Harley-Davidson Fat Boy 30th Anniversary - Model Edisi Khas Tribut untuk Pereka

Tiada sistem hiburan untuk model ini bagi memberikan lebih tunggangan sepenuhnya atas jalan.  Unit pelana tunggal yang empuk memberikan keselesaan tunggangan solo terbaik, manakala visor angin pula membantu membelah deruan angin, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang lancar, dan tidak meletihkan.

Salah satu ciri terkini ditawarkan touring 2020 ini adalah Sistem Penunggang Defensif Refleks (Reflex Defensive Rider Systems, RDRS), yang berfungsi menyesuaikan prestasi jentera dengan daya traksi ketika memecut, mengalami nyah kuasa dan membrek. Ini termasuk ciri  kawalan casis terkini, kawalan brek elektronik dan teknologi trenkuasa terkini.

GALERI

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley Davidson Gasket Alley, Harley-Davidson, Harley-Davidson Electra GlideTM Standard, Harley-Davidson Malaysia, roda2, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my