• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda PCX 125, 150 dengan Dua Warna Baharu untuk Pasaran Jepun, Masa Terhad

Honda PCX 125, 150 dengan Dua Warna Baharu untuk Pasaran Jepun, Masa Terhad

February 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Japan menawarkan dua warna baharu skuter PCX 125 dan PCX 150 untuk pasaran Jepun dalam tempoh terhad dengan tempahan dibuka bermula 14 Februari hingga 31 Mei ini. Penghantaran pula akan bermula 28 Februari nanti.

Dua warna baharu diperkenalkan ialah Matte Ion Blue Metallic (biru kusam) dan Matte Galaxy Black Metallic (hitam kusam), manakala warna lain masih dijual. Pilihan warna baharu ini disasarkan kepada penunggang yang mahukan penampilan yang lebih berkualiti dan menawan.

Honda merancang menghasilkan PCX 125 sebanyak 3,000 unit, manakala PCX 150 dan PCX 150 ABS masing-masing 1,200 unit setahun untuk pasaran domestik Jepun, termasuk warna standard lain. Ada juga beberapa negara lain turut memasang model PCX, termasuk Thailand.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda PCX (2018) Baharu Kini di Malaysia - Harga RM10,999

PCX 125
PCX 150 ABS

Trenkuasa dan spesifikasi varian warna baharu kekal sama seperti model PCX sebelum ini. Difahamkan, saiz fizikal skuter ini masih sama dan tiada tambahan komponen atau ciri baharu diberikan, cuma melibatkan warna badan.

PCX 125 dipacu enjin silinder tunggal 124cc berkuasa 10hp @ 8,500rpm dengan tork 12Nm @ 5,000rpm, manakala PCX 150 dan PCX 150 ABS dijana enjin 149cc berkuasa 13hp @ 8,500rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm. Harga jualan pula adalah seperti berikut, termasuk cukai:

  • PCX 125 - 352,000 yen (RM13,270)
  • PCX 150 - 380,600 yen (RM14,350)
  • PCX 150 ABS - 405,900 yem (RM15,300)
GALERI
HONDA PCX 125
PCX 125
PCX 125
PCX 125
HONDA PCX 150 ABS
PCX 150 ABS
PCX 150 ABS
PCX 150 ABS

SUMBER: Honda

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda Japan, Honda PCX, Honda PCX 125, Honda PCX 150, Jepun, Maxi, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev