• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

February 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAKTIK sekumpulan lelaki yang cuba mencuri menggunakan lori dengan menyamar kononnya mahu membantu memindahkan barang di sebuah rumah akhirnya terbongkar kerana disedari jiran.

Kejadian berlaku di Jalan Sultanah dekat Alor Setar sekitar jam 7 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, jiran berusia 61 tahun itu mengesyaki rumah tersebut dipecah masuk dan terus menghubungi mangsa untuk bertanyakan mengenai kehadiran lori dan kereta suspek.

BACA >>> Suspek Hentak Cermin Guna Parang Ditahan, Turut Disyaki Lakukan Jenayah Samun

Sebaik saja mangsa beritahu tidak tahu apa yang berlaku, pengadu segera menghubungi polis dan kemudian menghantar anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ke lokasi sebelum menahan tujuh lelaki.

Turut dirampas lori yang sudah berisi perabot di tempat kejadian. Suspek utama kumpulan itu berusia 25 tahun dan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya mendapati dia positif metafetamin. Berdasarkan rekod polis, suspek yang juga peniaga goreng pisang itu memiliki dua rekod jenayah termasuk dikehendaki polis.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lagi suspek di Shahab Perdana, Mergong untuk membantu siasatan. Suspek terakhir ditahan itu dipercayai rakan sejenayah dengan suspek utama kes berkenaan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun

SUMBER: HMetro

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, IPD Alor Setar, Mohd Rozi Jidin, Seksyen 457 Kanun Keseksaan, taktik sekumpulan lelaki mencuri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev