• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tunggang Motosikal 11km Baru Perasan dalam Helmet Ada Ular Bisa

Tunggang Motosikal 11km Baru Perasan dalam Helmet Ada Ular Bisa

February 14, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM sampai ajal, seorang guru di India terselamat daripada dipatuk ular berbisa jenis common krait dalam helmet yang hanya baru disedarinya selepas menunggang motosikal sejauh 11km.

KA Ranjith cuma sedar tentang kehadiran reptilia itu ketika menanggalkan helmet dan terlihat ada seekor ular di dalam. Dia mula meninggalkan kediaman jam 8.30 pagi untuk ke sekolah ke Sekolah Tinggi St.Mary di Kandanad, Kerala di India, sejauh 5km.

Ranjith kemudian pergi pula ke sekolah kedua, RVL di Thripunithura, jam 11.30 pagi dengan jarak hampir 6km dari sekolah pertama tadi dan cuma perasan tentang ular berbisa itu dalam helmet sebaik saja tiba di RVL. Reptilia itu ditemui sudah mati kerana terhimpit dalam helmet.

"Saya rasa ular itu mungkin masuk dalam helmet dari kolam dekat rumah. Ular itu sudah lama ada dalam helmet, tapi saya tak rasa apa-apa," katanya.

Ranjith yang mengajar subjek Sanskrit, kemudian dibawa ke hospital di Taluk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian darah bagi mengenal pasti sekiranya dia terkena patukan ular tersebut.

Common krait, juga dipanggil krait India atau krait biru, ialah spesies ular berbisa (sama kategori dengan ular katam tebu di Malaysia) yang banyak ditemui di India. Spesies ini juga termasuk dalam empat ular paling berbisa di India yang kerap mematuk penduduk India.

SUMBER: Mathrubhumi

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Blue Krait, Haiwan Berbisa, Indian Krait, KA Ranjith, Reptilia, Ular, Ular Bisa, Ular Common Krait, Ular Katam Tebu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my