• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK

Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK

February 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

584
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHINA ialah negara ekonomi kedua terbesar dunia. Ada banyak jenama automotif dihasilkan pengeluar negara itu yang tidak hanya bermain di pasaran tempatan, tetapi juga agresif menyerang pasaran luar.

Ada menganggap produk China bukan ancaman dan kenyataan itu mungkin ada benarnya jika dibuat sedekad lalu.  Tetapi hari ini segalanya perlahan-lahan berubah. Lihatlah data didedahkan Persatuan Industri Motosikal (MCIA) yang berpangkalan di Britain ini. Siapa sangka tangga pertama dikuasai produk motosikal dari China.

BACA >>> Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

Setiap negara ada trend pelanggan masing-masing. Di Malaysia, produk China sukar mendapat tempat kerana jenama Jepun sudah lama bertapak, dan turut diburukkan dengan isu kualiti produk lalu.

Di Britain pula, skuter Lexmoto Echo boleh menjadi motosikal paling disukai dan terlaris di sana kerana ia bukan saja murah, tetapi juga jimat dan praktikal. Lexmoto juga satu-satunya pengeluar yang serius dalam kelas skuter 50cc.

Echo yang berkapasiti 50cc dijual pada harga cuma £1099.89 (RM4,960), paling murah berbanding pesaing lain dan semestinya harga itu dianggap  sangat murah buat penduduk Britain.

Honda CBF125
Honda PCX 125

Echo menjadi pilihan pelajar yang mahukan motosikal kecil dan tidak laju, tetapi selesa. Di bawah Echo ialah Honda CB125F dengan rekabentuk ringkas, biasanya menjadi pilihan remaja berusia 17 tahun yang memiliki lesen A1. Tempat ketiga pula Honda PCX 125 yang juga skuter 125cc terlaris di Eropah.

BACA >>> Lexmoto LXR 380 - Sportbike China Harga Bajet Sedia Cabar Motor Jepun di Eropah

10 MOTOSIKAL TERLARIS UK (2019)

Related

584
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: honda cb125r, Honda PCX 125, Lexmoto, Lexmoto Echo, paling laris, roda2, skuter, terlaris di Eropah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev