TIDAK sampai 24 jam Proton melancarkan X70 versi pemasangan tempatan (CKD), semalam, seorang pemilik X70 versi import (CBU) melancarkan petisyen meminta pengeluar nasional itu memasangkan ciri but elektrik pada semua model CBU secara percuma.
Petisyen itu dikemukakan Razif Ngadenan menerusi laman web Change.org yang setakat artikel ini ditulis berjaya mengumpul 892 penyokong.
X70 CKD dilancarkan semalam dengan menampil beberapa pembaharuan minimal. Antaranya ialah lencana baharu, sistem transmisi 7DCT jenis dual-klac, tork dipertingkat, but elektrik dengan sensor kaki dan warna baharu Space Grey (kelabu kebiruan).
Menurut kenyataan Razif, Proton mendakwa sebarang pemasangan aksesori luar atau aftermarket untuk menaik taraf fungsi but sedia ada akan menyebabkan waranti terbatal. Jadi dia memintas Proton sendiri memasangkan ciri baharu tersebut untuk model CBU. Ia juga boleh dikira sebagai ganti rugi kepada harga model CKD yang lebih murah, tetapi dibekalkan ekstra ciri daripada Proton.
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 CKD dari Subang Jaya ke Kuantan, Apa Rasa Dapat Lenjan 7-DCT?
BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!
Abdullah Chik says
Saya setuju dan sokong untuk pemasangan percuma power booth pada kereta x 70 CBU oleh pihak Proton
Dicko says
What a stupid idea, isn't it a norm CBU and CKD come in different specs? What a sour person...
MOKHTAR MOHAMED NOR says
Pemilik saga juga boleh buat petisyen kenapa saga baru lebih baik dan.murah drpd saga lama hahahahaha
Ajeh says
Sakit hati jugak woo.. model baru 2 tahun dah ada model ckd yang lagi canggih dan lagi murah. Memang patut la pemilik x70 cbu xpuas hati.
Norazlan says
Saya rasa pihak Proton patut pertimbangkan cadangan seperti apa yg saudara Razif cadangkan. Ini kerana ciri2 terbaru yg diberikan pada model CKD bagi saya agak ketara. Klu hanya ciri2 kosmetik mungkin tak terasa sgt pembeli CBU. Ini melibatkan mekanikal yg jauh lebih baik sedangkan model ini baru setahun dilancarkan. Cepat sgt. Pada sy pihak Proton perlu berikan penghargaan pada pembeli CBU kerana ada pembeli terawal yg sanggup ambil risiko utk beli model ni walaupun tak pasti lagi mcmmn prestasi/ketahanannya. Pihak Proton juga byk dpt manfaat dari maklumbalas pembeli/pengguna model CBU berkenaan isu2 dan masalah berkenaan model X70 ni. Jadi pihak Proton wajar beri sedikit penghargaan kerana kami pembeli2 CBU ini la secara tidak langsung mempopularkan model ni dan sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi cemerlang Proton.
ann says
sudah pasti spec CKD lebih tinggi berbanding CBU sebab proton nak maintain harga dan resale value utk x70 yg sedia ada. tu pun puak pembeli CBU xdpt nk tangkap. kalau proton ikut sebijik sama spec CKD dan CBU, sudah pasti boleh jual dgn harga RM70K - RM90K shj