SEKIRANYA semua berjalan seperti dirancang, ujian pramusim Sepang lalu bakal menyaksikan Jorge Lorenzo sedang menyiapkan diri untuk musim kedua beliau bersama pasukan Repsol Honda dalam kempen MotoGP.
Namun, sebaliknya berlaku, juara dunia lima kali itu memilih untuk bersara pada November tahun lalu di Valencia. Apa yang mengejutkan, beliau muncul sebagai penunggang uji dan jurulatih Yamaha kepada barisan pelumba pasukan itu seperti Maverick Vinales, Valentino Rossi, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.
Atas kertas, HRC berhak melarang Lorenzo melakukan sebarang ujian atau aktiviti wild card hingga akhir tahun ini kerana melanggar kontrak tahun kedua. Pelumba berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pengurus Repsol Honda, Alberto Puig kerana memilih untuk tidak melakukannya.
BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo
Lorenzo mengakui sentiasa mendapat sokongan yang baik sepanjang bersama Honda dan berterima kasih kerana tiada sebarang klausa yang menghalangnya untuk menunggang jentera lain tahun ini. Malah, Honda sebenarnya boleh saja menyaman pelumba Sepanyol itu, tetapi memilih untuk tidak melakukannya.
"Inilah sebab aku boleh jadi penunggang uji Yamaha. Puig tak telefon pun beritahu pasal ini dan aku sentiasa hargai bantuan dia pada 2019," katanya.
TAK KECIL HATI
Bagi Puig pula, Honda langsung tidak 'terasa' atau berkecil hati dengan tindakan mantan pelumbanya itu ke Yamaha. Beliau berkata;
Kontrak kami dua tahun, tapi bila pelumba datang dan cakap nak berhenti sebab nak jaga fizikal dan sudah tak ada motivasi nak berlumba kerana fiil tu dah tak ada, apa lagi kami boleh cakap? Tentunya ok, jika kamu benar-benar nak berhenti, berhentilah.
"Saya gembira kerana keputusan Honda 100 peratus betul, dia (Lorenzo) beritahu tak sedia nak ride dan kami hormat. Honda tak nak paksa pelumba untuk tunggang motor 300kmj jika dia sendiri tak nak. Kami tahu sepanjang tempoh Jorge bersama, Honda sudah mencuba semaksimum mungkin, dan mungkin juga usaha tu tak cukup untuk dia.
"Maksud saya, tak sesuai dengan harapan dia, tapi kami gembira kerana semua jurutera, pasukan, kakitangan di Jepun dan di sini, termasuk saya sendiri, dah cuba yang terbaik. Ia tidak berlaku, tetapi kami cuba."
BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha
Tambah Puig lagi, Honda gembira dengan pengakhiran yang berlaku apabila Lorenzo berkata mahu berhenti. Lorenzo juga berterima kasih kepada Honda dan berhenti dengan cara yang betul.
"Bagi Honda, setiap orang bebas buat apa yang dia nak dengan hidupnya dan kami hormati. Jika selepas beberapa bulan dia buat keputusan untuk ubah fikiran dan dia ada peluang itu (dengan Yamaha) kami tumpang gembira.
"Kami takkan menyibuk dalam hal ini, saya fikir setiap orang ada kehidupan sendiri dan kami harap dia gembira dengan hidupnya."
BACA >>> Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?
MEMANG NAK BERSARA!
Lorenzo berkata, walaupun asalnya merancang untuk bersara penuh daripada MotoGP, tetapi beliau mengakui menemui semula keseronokan menunggang yang sudah lama hilang dengan YZR-M1. Menurutnya;
Idea pertama memang nak bersara penuh sebab dah 18 tahun hidup untuk menang, bersaing dan bekerja keras untuk capai misi. Sekarang aku dah di tahap yang berbeza dalam hidup.
"Tapi aku rasa lebih enjoy the ride dengan Yamaha dan fiil yang dah lama hilang tu muncul balik. Mungkin kali terakhir aku rasa bahagia adalah masa menang tiga daripada empat race (untuk Ducati) pada 2018. Sayangnya, dengan kecederaan dan keputusan teruk, aku dah tak dapat fiil sama tahun lalu, dan separuh bersama Repsol Honda.
"Tiga hari lalu (di Sepang), aku rasa sangat seronok dan kalau kat Valencia aku pernah cakap 99 peratus peluang tak nak buat come back, mungkin sekarang dah jadi 98 peratus."
BACA >>> Lorenzo, Rossi Bersatu dalam Pasukan Petronas Yamaha SRT?
Leave a Reply