• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Myvi Lawan Jazz Punca Bayi 18 Bulan Tercampak Keluar Kereta

Myvi Lawan Jazz Punca Bayi 18 Bulan Tercampak Keluar Kereta

February 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAYI perempuan berusia 18 bulan tercampak keluar dari kereta selepas dilanggar Perodua Myvi yang dikatakan berlumba dengan Honda Jazz.

Mujurlah tindakan pantas pemandu lori yang melintangkan kenderaannya di tengah lebuh raya dan pemilik kamera pemuka yang berhenti kecemasan di belakang bayi tersebut berjaya mengelakkan kemalangan bertukar menjadi lebih tragis.

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Bayi-tercampak-keluar-kereta.mp4

 

Menurut pemilik kamera pemuka, Alan Chang, insiden berpunca daripada Myvi dan Jazz yang saling berlumba hingga menyebabkan pemandu Myvi terlanggar kereta Honda Civic hingga membuatkan bayi dalam kereta tercampak keluar.

Alan turut berkongsikan video penuh aksi lumba tersebut (bawah), yang berbeza berbanding video tular di atas:

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/02/myvi-jazz-lumba-budak-tercampak.mp4

 

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan berlaku semalam, jam 3.20 petang di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang (arah utara) dekat Rembau.

Menurutnya, pemandu Civic gagal mengawal keretanya hingga terlanggar pengadang besi ketika cuba mengelak Myvi yang tiba-tiba menukar lorong sebelum terlanggar pula belakang sebuah lagi Myvi di lorong tengah.

Impak dihasilkan menyebabkan  seorang bayi perempuan berusia 18 bulan tercampak dan terjatuh di lorong kanan lebuh raya tersebut dan mengalami cedera ringan. Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. Polis kini sedang giat mengesan pemandu Jazz terbabit bagi membantu siasatan.

“Orang ramai atau pengguna lebuh raya yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Sarah Ismail di IPD Rembau dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Anuar Bakri.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak

Bayi tercampak keluar kereta (1)
Bayi tercampak keluar kereta (2)
Bayi tercampak keluar kereta
Bayi tercampak keluar kereta (4)

SUMBER: HMetro | Twitter

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anuar Bakri Abdul Salam, Auto Terkini, bayi tercampak keluar, Honda Civic, Honda Jazz, kemalangan, Kereta Paling Banyak Kemalangan, Myvi berlumba punca kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev