• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Tidak Boleh Masuk 10 Jalan KL Menjelang 2025

Kereta Tidak Boleh Masuk 10 Jalan KL Menjelang 2025

February 11, 2020 By Han Othman Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN persendirian mungkin dilarang memasuki beberapa kawasan, melibatkan 10 jalan utama di Kuala Lumpur dalam usaha menjadikan ibu kota itu bandar raya yang mesra pejalan kaki selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebagai permulaan, antara kawasan yang terlibat dalam fasa percubaan lima tahun ialah Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dipetik NST berkata, DBKL akan melakukan penutupan sementara seperti pernah dilakukan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Beberapa kawasan lain juga kemungkinan terlibat untuk fasa ujian sama seperti Bangsar, Bukit Bintang, dan Brickfields.

Menurutnya, populasi warga Kuala Lumpur kini sudah mencecah tiga juga penduduk, yang secara tidak langsung turut meningkatkan jumlah kenderaan. DBKL juga sedang mengkaji mengenai pelaksanaan caj kesesakan, atau caj waktu puncak seperti Singapura.

Pada masa sama DBKL merancang mahu meluaskan lagi laluan bas GoKL di Sentul dan Segambut bagi mengurangkan kesesakan akibat kenderaan masuk ke bandar. Perbincangan juga dibuat dengan Prasarana Malaysia Bhd untuk menambah baik integrasi stesen LRT dengan perkhidmatan bas dalam bandar, dan menambah kemudahan parkir di stesen pengangkutan awam.

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibu Kota Kuala Lumpur, Kenderaan Persendirian, Kuala Lumpur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my