• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Pemandu Mabuk Langgar Orang Sampai Mati di Pulau Pinang

Lagi Pemandu Mabuk Langgar Orang Sampai Mati di Pulau Pinang

February 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM tempoh tiga hari saja, nahas membabitkan pemandu mabuk berlaku lagi di Pulau Pinang. Kali ini dua sahabat menjadi mangsa apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh seorang wanita dipercayai mabuk di Kilometer 13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua, jam 2.30 pagi tadi.

Juruteknik, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, dan pembonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman maut di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Paya Keladi Hujung, Kepala Batas dilaporkan maut akibat parah di kepala dan badan.

BACA >>> Bapa Lima Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Dua sahabat dirempuh wanita mabuk (3)
Dua sahabat dirempuh wanita mabuk (2)
Dua sahabat dirempuh wanita mabuk (1)

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu pemandu seorang wanita berusia 47 tahun merempuh belakang motosikal mangsa, jenis Yamaha 125ZR hingga terbakar.

Pemandu wanita itu, yang bekerja sebagai jurujual produk kesihatan, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ibu di Kepala Batas dari pusat karaoke di Jalan Raja Uda sebelum merempuh bahagian motosikal.

Wanita tersebut kini direman untuk siasatan lanjut, dan keputusan ujian alkohol mengesahkan yang suspek memandu di bawah pengaruh alkohol, air kencing negatif dadah. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

BACA >>> Pemandu Rempuh Polis Belum Cukup Mabuk

SUMBER: BHarian

Related

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan jalan raya, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, Muhammad Amin Najmi Azaman, Noorzainy Mohd Noor, pemandu mabuk, Pemandu Mabuk Bukit Mertajam, perangai pemandu Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev