AIA GENERAL Berhad memperkenalkan produk baharu dalam insurans kenderaan menerusi pelan 'AIA Family Drive' yang menawarkan 'diskaun keluarga' pertama di Malaysia kepada mereka yang menginsuranskan empat kereta di bawah isi rumah sama.
Melalui pelan baharu ini, pemandu akan menikmati pelbagai ciri menarik, terdiri daripada tiga mafaat, iaitu:
1. Perlindungan
- Perlindungan Kemalangan Diri: Setiap individu, termasuk penumpang (maksimum lima orang) yang menaiki kereta diinsuranskan akan dilindungi secara automatik dengan perlindungan hingga RM250,000.
- Perlindungan Liabiliti Undang-Undang: Merangkumi kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga bagi pemandu dan setiap penumpang.
- Perlindungan Automatik: Termasuk semua pemandu yang dibenarkan tanpa cas tambahan.
2. Kemudahan
- Elaun Kesulitan: Peruntukan RM600 untuk setiap kemalangan jika kereta perlu dibaiki di bengkel.
- AIA Roadside Assist: Perkhidmatan tambah nilai seperti menukar bateri, tayar dan perkhidmatan tunda 24 jam. Pelanggan juga bakal menikmati bantuan bagi membuat laporan polis, dan mendapat baucar e-hailing untuk perjalanan pulang.
3. Simpanan
- Family Drive: Menawarkan diskaun keluarga 5 peratus jika pelanggan menginsuranskan dua atau lebih kereta.
- Tiada Ekses: Jika pelanggan membaiki kereta di bengkel panel AIA. Kos pembaikan ditanggung sepenuhnya AIA.
PILIHAN POLISI TAMBAHAN
Pelan baharu Family Drive ini juga boleh didapati dengan pelbagai pilihan polisi tambahan yang membolehkan pelanggan meluaskan skop perlindungan dengan manfaat seperti berikut:
Nilai Dipersetujui
Pelanggan boleh mendapatkan perlindungan terhadap penyusutan nilai kereta dengan menetapkan jumlah perlindungan yang dipersetujui ketika membeli polisi.
Pengecualian Kos Penambahbaikan
Memastikan pelanggan dilindungi terhadap sebarang kos alat ganti asli untuk kereta mereka tanpa prosedur tambahan ketika membuat tuntutan.
Bencana Alam (Peril Khas)
Melindungi kereta pelanggan daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh atau lain-lain.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pelan Family Drive baharu, produk, serta perkhidmatan lain ditawarkan AIA General Berhad, sila layari www.aia.com.my.
BACA >>> Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
Leave a Reply