• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CUPRA Guna Pencetak 3D untuk Hasilkan Komponen Kereta Lumba

CUPRA Guna Pencetak 3D untuk Hasilkan Komponen Kereta Lumba

February 10, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMAJUAN teknologi kereta masa kini seiring dengan teknologi pembuatan. Ada komponen yang tidak perlu lagi dihantar kepada vendor besar kerana boleh dihasilkan sendiri.

Divisyen prestasi SEAT, CUPRA ialah contoh pengeluar yang menghasilkan sendiri komponen kereta lumba dengan menggunakan pencetak tiga dimensi (3D) untuk model baharu, Leon Competition menerusi kerjasama syarikat teknologi maklumat, HP.

BACA >>> Cupra e-Racer - Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

REKA KOMPONEN GUNA PENCETAK 3D

pencetak-printer-hp-jet-fusion-5200-3d
xavi-serra-cupra-leon-competition

Ketua Pembangunan Teknikal CUPRA Racing, Xavi Serra berkata, antara komponen yang dibuat menggunakan cetakan 3D ialah modul kawalan stereng, ventilator bonet, cermin sisi dan inlet penyejukan air. Semua komponen tersebut dibuat menggunakan pencetak HP Jet Fusion 5200 3D.

Menurutnya, sasaran utama CUPRA ialah menghasilkan sejumlah komponen dalam masa singkat yang mana ujian untuk pelbagai jenis rekabentuk perlu dilakukan dengan pantas. Ini kerana program pembangunan kenderaan hari ini dijalankan serentak, dan penggunaan teknologi tersebut membolehkan sebarang perubahan proses rekabentuk dapat dicepatkan.

BACA >>> Opel Bangunkan Jentera Lumba untuk Kejuaraan Rali Elektrik Pertama

Dalam perlumbaan TCR, syarat ditetapkan ialah cermin sisi mesti berbentuk sama seperti model pengeluaran. Menurut Serra, CUPRA pergi lebih jauh dengan menambah fungsi cermin sisi menjadi komponen menyejukkan pelumba. Jadi, liang udara penutup cermin sisi ditambah dan pencetak 3D memudahkan proses pembuatan komponen itu, sekali gus mempercepatkan proses ujian terowong angin.

Fasa akhir pembangunan kereta lumba kemudian dibuat di litar Portimao, Portugal dan memberikan output cemerlang dengan sesetengah keputusan mengejutkan.

Ketua Sistem Pengurusan Produk, Cetakan 3D dan Pengilangan Digital, HP Inc, Virginia Palacios berkata, cetakan 3D akan menjadi penanda aras kepada perubahan industri automotif apabila proses pembuatan (lead time) dapat disegerakan. Teknologi 3D HP juga mampu membantu pereka menghasilkan komponen yang tidak boleh dihasilkan teknologi lain.

BACA >>> SEAT Jadi Pengeluar Motosikal, Bakal Perkenal eScooter Concept Pertama

KERETA LUMBA FASA AKHIR

CUPRA Leon Competition.01
CUPRA Leon Competition

Jentera lumba CUPRA Leon Competition kini dalam fasa akhir sebelum bersedia memanaskan trek. Debut rasmi adalah pada 20 Februari ini dan model itu juga ialah kereta lumba touring pertama yang dapat disiapsediakan awal.

Ringkasnya, cetakan 3D tidak memerlukan mesin besar atau acuan yang memerlukan kos tinggi bagi mendapatkan pulangan pelaburan. Teknik ini dapat menjimatkan masa kerana hasil diperoleh boleh terus diuji dan sebarang perubahan boleh dilakukan segera.

Teknologi berkenaan bukan saja membantu pengeluar skala besar kerana apabila kos nanti menjadi mampu milik, ia dapat meringankan kos pengusaha kecil dan sederhana. Mahu hasilkan kit badan ikut cita rasa sendiri? Jawapannya ada pada pencetak 3D!

BACA >>> SEAT Minimó - Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar

GALERI
CUPRA Leon Competition.08
CUPRA Leon Competition.05
CUPRA Leon Competition.02
CUPRA Leon Competition.03
CUPRA Leon Competition.06
CUPRA Leon Competition.04
CUPRA Leon Competition.07
CUPRA Leon Competition.01
CUPRA Leon Competition

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CUPRA, CUPRA Leon, CUPRA Leon Competition, Pencetak 3D, Seat, Virginia Palacios, Xavi Serra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev