MULA memasuki pasaran Malaysia sebagai versi CBU pada Disember 2018, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) dari Tanjung Malim akhirnya dilancarkan pada harga bermula RM94,800 hingga RM122,800.
Berbanding versi CBU, X70 CKD memberikan lebih nilai dengan penurunan harga sekitar RM1,000 hingga RM5,000. Dari segi luaran, tiada banyak perubahan dilakukan, masih sama seperti model CBU. Apa yang ditukar cuma lencana baharu.
BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!
Selain logo, X70 CKD turut hadir dengan warna baharu, Space Grey (kelabu kebiru-biruan). Walaupun kami berpendapat kenderaan utiliti sukan (SUV) ini perlu sedikit berbeza supaya nampak kelainan berbanding CBU, tetapi apakan daya, lencana pun lencanalah.
Perubahan paling besar dilakukan Proton untuk X70 CKD adalah kehadiran kotak gear DCT 7-kelajuan baharu, dipanggil DCT7 bagi menggantikan jenis konvensional 6-kelajuan pada X70 CBU. Sebagai makluman, 7-DCT ialah teknologi transmisi yang dibangunkan Geely bersama Volvo untuk model baharu dan akan datang jenama itu.
BACA >>> Proton X70 CKD Akan Guna Transmisi 7DCT yang Lebih Lasak
PANDU UJI SUBANG JAYA-KUANTAN
Dalam pandu uji ini, Abang Gan bersama wakil media lain menjadi rakyat Malaysia terawal diberi kesempatan memandu uji X70 CKD ini ke Kuantan, Pahang. Sepanjang sesi memandu uji, semestinya abang banyak memfokuskan aspek kotak gear baharu ini.
Bukan apa, tidak banyak bendah baharu yang hendak diulas. Jadi abang kenalah bercerita panjang lebar pasal kotak gear baharu ini. Adakah Proton melakukan keputusan bijak untuk menggantikan kotak gear lama?
Sembang banyak tak nak, jom layan sembang Abang Gan dalam video pandu uji di atas. Katanya, video ini akan buat pemilik X70 'panas' dan 'jeles'. Betul ke?
amin says
Kenapa kereta ni ckd dan cbu tak banyak beza harga? Kalau maximum rm5000 mcm pelik.Adakan jenama kereta lain dapat keistimewaan yang sama?