SATU video tular di media sosial semalam yang merakamkan detik sebuah Perodua Myvi merempuh belakang sebuah kereta peronda polis.
Insiden berlaku sekitar jam 3.30 pagi semalam di Kilometer 16.4, Lebuhraya Grand Sepadu menghala ke Klang, Selangor. Kereta polis yang dilanggar suspek dikatakan sedang memberikan bantuan jalanan kepada Land Rover milik Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam yang rosak.
BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol
Video berdurasi 20 saat itu dikongsikan pemilik akaun Twitter, My Watch.
Berdasarkan video tersebut, pemandu Myvi itu jelas tiada tanda-tanda mahu membrek, sebaliknya memandu laju dan akhirnya merempuh kenderaan polis di depan laluannya walaupan jelas kelihatan lampu isyarat kecemasan dinyalakan. Mujurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Suspek, berusia 25 tahun, kini sedang ditahan reman dua hari untuk membantu siasatan. Ketika ramai warga maya menuduh mabuk sebagai punca, tetapi hasil ujian pernafasan dilakukan, kandungan alkohol dalam badan suspek adalah masih di bawah had ditetapkan, manakala saringan awal ujian air kencing adalah negatif, menurut maklumat didedahkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas dakwaan memandu secara melulu dan berbahaya.
BACA >>> Kementerian Cadang Ganti Istilah 'Kemalangan' dengan 'Perlanggaran' Jalan Raya
wan azmi says
cerah masa depan negara . bila ramai pemandu mabuk berpesta membunuh pengguna 2 jalanraya.Andalah yg mengundi penerintah yg menggubal undang.2