• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Buka Pusat Jualan Kedua Terbesar Asia Tenggara di PJ

Ducati Buka Pusat Jualan Kedua Terbesar Asia Tenggara di PJ

February 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT jualan Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara kini dibuka kepada umum, terletak di Petaling Jaya, Selangor dengan keluasan 16,339 kaki persegi yang menelan kos pelaburan bernilai RM1.5 juta.

Dikendalikan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd, bilik pameran Ducati itu menyediakan ruang servis seluas 5,009 kaki persegi dan lapan seksyen yang mampu menyelenggara hingga 450 motosikal sebulan.

BACA >>> Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?

Pengunjung berpeluang merasai pengalaman identiti korporat Ducati menerusi ruang aksesori dan barangan, Ducati Apparel Tech dan Ducati Accessories, termasuk Scrambler Camp yang menawarkan sut pakaian dan aksesori Scrambler.

Pengunjung boleh memilih aneka produk sut tunggangan daripada helmet, jaket, dan but hingga barangan Ducati dan Scrambler tulen. Ruang pameran turut mempamerkan model Ducati terkini seperti Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950, Diavel 1260 S dan model popular, Scrambler Café Racer dan Icon.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, jenama Ducati dibangunkan kepada peminat motosikal yang sukakan kelajuan dan penampilan.

"Dengan gabungan identiti korporat Ducati, kami percaya bilik pameran Ducati PJ baharu ini akan meningkatkan pengalaman  pelanggan untuk berinteraksi dengan produk dan teknologi terkini, dan pada masa sama meningkatkan imej jenama Ducati serta meletakkan kepentingan pelanggan sebagai keutamaan," katanya.

BACA >>> Ducati Scrambler Icon Dark (2020) yang Paling Mampu Milik, RM41k Sahaja (Harga UK)

Pusat Pameran Ducati PJ_4
Pusat Pameran Ducati PJ_2
Pusat Pameran Ducati PJ_1
Pusat Pameran Ducati PJ_3

Related

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Diavel 1260, Ducati Hypermotard 950 Concept, Ducati Monster 821, Ducati Panigale V4 S, Next Bike Sdn Bhd, promosi ducati, pusat jualan, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev