• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Legenda Rali Ford RS200 (1986) Berkuasa 250hp Mahu Dijual

Legenda Rali Ford RS200 (1986) Berkuasa 250hp Mahu Dijual

February 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN automotif di Britain memang dinamik sejak dulu lagi yang menjadi lokasi banyak jenama kenderaan dilahirkan. Hari ini negara Eropah itu juga menjadi ibu pejabat tuner sukan permotoran daripada rali hingga ke Formula Satu (F1).

Dengan dinamika tersebut, banyak khazanah model ikonik tersimpan yang menunggu untuk ditemui orang ramai. Terbaharu, Silverstone Auction akan menganjurkan Race Retro pada hujung minggu 21-22 Februari yang menghimpunkan model ikonik dunia.

BACA >>> Ford Mustang GT500 Eleanor dalam Filem 'Gone in 60 Seconds' Akan Dilelong

Salah satu model itu ialah Ford RS2000 dengan jarak pemanduan 1,923km (1,195 batu) sahaja. Jika diimbas semula, kategori Group B dalam lumba rali masih menggerunkan kerana mempertaruhkan kereta bersaiz kompak, tetapi memiliki prestasi luar biasa hingga memaksa badan sukan lumba itu menamatkan kategori tersebut pada 1986 selepas empat bermusim berlangsung.

Kemeriahan Group B sempat dirasai di luar litar apabila pengeluar perlu membina 200 unit homologasi untuk jualan awam sebagai syarat bertanding. Jadi, Ford membangunkan RS200 versi pacuan empat roda untuk menyaingi Audi dan Peugeot.

Satu daripada 200 unit RS200 kini dibuka untuk bidaan dengan nombor pengeluaran 184. Unit tersebut asalnya dimiliki prinsipal pengedar dan hanya ditayangkan di bilik pameran selama tujuh tahun. Pada 1993, barulah unit itu didaftarkan dengan nombor L20 ORS.

BACA >>> #Spyshot: Ford Puma ST Dikesan Sedang Dipandu Uji

Walaupun sudah berusia, kereta itu dipandu tidak sampai 2,000km sejak mula dibeli. Pemilik asal memutuskan mahu melepaskan model legenda tersebut, yang juga kali kedua kereta itu bertukar tangan.

Dari segi spesifikasi, RS200 dipacu enjin 1,803cc Turbo Ford-Cosworth 'BDT' berkuasa 250hp. Luar badan berwarna Diamond White dengan tayar OE (original equipment) Pirelli P700 225/50/VR16 yang dipadankan rim aloi lapan rongga Speedline 8 inci.

BACA >>> Ford GT '67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

Kit alatan masih lagi lengkap, termasuk fail khas yang menghimpukan brosur jualan, manual servis dengan logo RS200 dan manual peralatan. Harga belum pasti, tetapi dianggarkan £175,000 - £225,000 (RM939,000 - RM1.2 juta). Ada berani?

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

GALERI
2 - 1986 Ford RS200
3 - 1986 Ford RS200
1 - 1986 Ford RS200
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-1
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-18
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-4
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-5
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-3
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-7
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-6
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-2
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-19
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-20
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-16
4 - 1986 Ford RS200
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-17
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-12
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-15
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-14
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-13
5 - 1986 Ford RS200
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-10
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-8
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-9
ford-rs200-lelong-silverstone-auction-11

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford RS200, Ford RS200 (1986), Kereta Legenda Rali, lelong, rali, Silverstone Auction

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev