KIA Sorento (2020) serba baharu dikesan tanpa sebarang samaran menjelang debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020, dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran rasmi.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dijadualkan didedahkan pada 3 Mac nanti sebelum melakukan debut umum sempena GIMS 2020.
BACA >>> Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit
Sorento generasi keempat itu masih mengekalkan rekabentuk gril 'hidung harimau', tetapi kali ini dengan dimensi lebih bersegi, dan set lampu belakang vertikal yang disatukan dalam satu unit, mirip model SUV pasaran Amerika, Telluride. Juga ada sepasang unit lampu depan baharu, rak bumbung lebih tajam dan lampu belakang direka semula.
View this post on Instagram
Foto intip sebelum ini mendedahkan imej penuh ruang dalaman Sorento dengan kemasan krom dan plastik hitam piano-black, upholsteri kulit baharu, pencahayaan ambien LED dan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci baharu yang diambil daripada model Soul EV.
Kia juga akan mengemaskini barisan enjin Sorento dengan menambah trenkuasa hibrid plug-in (PHV) buat kali pertama. Trenkuasa tersebut terdiri daripada enjin petrol 4-silinder yang dipadankan transmisi automatik dan motor elektrik. Seperti model lain di pasaran, opsyen enjin diesel juga ditawarkan dalam pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.
Sebagai SUV 7-kerusi, Sorento (2020) serba baharu bakal menjadi SUV perdana Kia di Britain. Di pasaran negara Eropah itu juga, Sorento akan berentap dengan pesaing seperti Hyundai Santa Fe, Skoda Kodiaq dan Land Rover Discovery Sport.
GALERI
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply