• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Malaysia Jual 11,567 Unit Kenderaan Sepanjang 2019, Pemilik EV Meningkat

BMW Malaysia Jual 11,567 Unit Kenderaan Sepanjang 2019, Pemilik EV Meningkat

February 4, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group Malaysia (BGM) menyerahkan 11,567 unit BMW, MINI dan BMW Motorrad sepanjang tahun lalu menerusi pengenalan 32 model baharu BMW dan MINI, dan empat daripada model tersebut ialah kenderaan elektrik (EV).

Mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal e-mobiliti di Malaysia, BMW dan MINI menjual 3,148 unit EV pada 2019 yang menjadikan keseluruhan jumlah jualan EV 17,000 unit sejak 2015.

BACA >>> BMW E-Power Roadster - Motosikal Elektrik Konsep dengan Komponen Kereta EV

Pengarah Urusan BGM, Harald Hoelzl berkata, mengambil kira situasi pasaran yang mencabar tahun lalu, pihaknya berbesar hati dapat melakarkan kejayaan dalam segmen EV di Malaysia.

"Kami komited terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Dasar Automotif Nasional yang bakal menyaksikan EV memainkan peranan penting yang mendorong sektor automotif ke aras lebih tinggi,” katanya.

BMW 3 Series (2019)_5
BMW 6 Series Gran Turismo 2018 Malaysia_PanduLaju_DSC08757
BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-20

Tahun lalu juga adalah tahun ketiga BGM meluaskan infrastruktur mobiliti elektro di Malaysia dengan menawarkan 30 kemudahan pusat mengecas BMW i. Selain itu, tahun lalu menyaksikan kehadiran 9,300 pemilik baharu BMW di Malaysia dengan rekod jualan 2,514 unit 3 Series dan 2,000 unit 5 Series.

BMW X turut menyumbang kepada jualan sebanyak 3,985 unit. X3 mencatatkan jualan tertinggi, 1,354 unit, disusuli X1 (1,331 unit) pada 2019. Model EV, X5 xDrive40e pula terjual 975 unit. Sementara itu MINI menyerahkan  1,142 unit unit kenderaan tahun lalu dengan jualan tertinggi disumbangkan MINI Countryman (685 unit).

BACA >>> BMW The 8 - Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta

BMW S1000 XR_14
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_41
2019-bmw-s1000rr

Sementara itu, BMW Motorrad menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada pemilik baharu. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama itu masih kekal dalam segmen Advencer yang mencatatkan lebih 600 pemilik baharu tahun lalu.

BACA >>> Kenyataan Rasmi Berhubung Kenderaan BMW Terbakar - BMW Group Malaysia

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Group Malaysia (BGM), BMW MINI, BMW Motorrad, Harald Hoelzl, jualan, Mini, Rekod jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev