• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Koronavirus: Rakyat Malaysia dari Wuhan Selamat Sampai

Koronavirus: Rakyat Malaysia dari Wuhan Selamat Sampai

February 4, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


RAKYAT Malaysia dari Wuhan, China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi jam 5:57 pagi menerusi pesawat khas AirAsia.

Kepulangan 133 rakyat Malaysia itu adalah dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan Kerajaan Malaysia berikutan penularan wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV) di wilayah China itu.

BACA >>> Koronavirus: Rakyat Malaysia dari Wuhan Pulang Naik AirAsia

Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe dengan membawa pulang 107 orang, termasuk 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan keseluruhan 133 orang.

Misi tersebut bermula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 3.50 petang semalam (Isnin) dengan 12 kru dan lapan petugas misi HADR. Turut dibawa bersama ialah 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China untuk membantu menangani penularan koronavirus negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, semua penumpang, pasukan misi dan kru akan menjalani tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA sebaik saja tiba di tanah air. Jika mengalami simptom wabak, mereka akan dibawa ke hospital, manakala yang melepasi saringan akan dibawa ke Pusat Pemantauan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Asia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Koronavirus, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), Virus, Wabak, Wuhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my