• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / But SUV Paling Luas: Honda CR-V Tewaskan Mazda CX5 & Nissan X-TRAIL?

But SUV Paling Luas: Honda CR-V Tewaskan Mazda CX5 & Nissan X-TRAIL?

May 29, 2016 By Azhan O 3 Comments

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

but-suv-paling-luas
PRAKTIKALITI ialah ciri asas bagi sesebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Selain profil badan kereta yang tinggi, SUV juga menawarkan kapasiti but yang bukan saja luas dan panjang, tetapi juga tinggi. Malah, cara bukaan pintu but yang melonjak ke atas dan pelapik lantai (bedliner) vinil pada frem pintu but dapat memudahkan kerja-kerja memunggah masuk dan keluar barang. Itulah kelebihan SUV yang tidak dapat anda rasai pada sebuah sedan.

Artikel kali ini memberi tumpuan khusus kepada kapasiti but bagi 3 jenama SUV popular di Malaysia, Mazda CX5 (403L), Honda CR-V (589L) dan Nissan X-TRAIL (550L). Tahap keluasan bukan saja mengambil kira keluasan, tetapi juga ciri kefungsian (functionality) yang ditawarkan setiap jenama.

Jadi, model mana paling praktikal?

LUAS BUT

5 barang yang dimuat masuk ke dalam setiap but kereta tanpa merebahkan kerusi ialah stroler, pek lampin pakai buang, kerusi kanak-kanak, beg rotan piknik, dan tilam Toto. Saiz badan Mazda CX-5 yang melebar membolehkan 5 barang diberikan dimuatkan dengan mudah, disusuli Honda CR-V yang juga dapat memuatkan barangan diberikan. Keluasan but Nissan X-TRAIL agak sempit yang kita dapat ligat pada kedudukan tayar stroler yang menyentuh pelapik lantai.

Lihat pula pada ketinggian kerusi kanak-kanak yang berada di bawah perehat kepala kerusi belakang Honda CR-V. Mazda CX5 sedikit tinggi, manakala Nissan X-TRAIL menyamai paras perehat kepala.

MAZDA CX5...
MAZDA CX5...
HONDA CR-V...
HONDA CR-V...
NISSAN X-TRAIL...
NISSAN X-TRAIL...

PANJANG BUT

Kerusi baris kedua direbahkan dan seorang model lelaki (anggaran ketinggian 175sm) berbaring telentang dengan kepala menyentuh hujung belakang kerusi hadapan atau konsol tengah.  Lunjuran kaki pada muka pintu but dapat menunjukkan jarak panjang sesebuah SUV.  Seluruh badan model dapat berada dalam Honda CR-V dan Nissan XTRAIL. Sebaliknya, kaki model terjuntai apabila berbaring dalam Mazda CX5.

MAZDA CX5...
MAZDA CX5...
HONDA CR-V...
HONDA CR-V...
NISSAN X-TRAIL...
NISSAN X-TRAIL...

TINGGI BUT

Stroler dibuka habis dan diletakkan menegak ke dalam but. Kita dapat lihat stroler dapat dimuat masuk ke dalam Honda CR-V, manakala Mazda CX-5 dan Nissan X-TRAIL tersangkut di frem pintu but.

MAZDA CX5...
MAZDA CX5...
HONDA CR-V...
HONDA CR-V...
NISSAN X-TRAIL...
NISSAN X-TRAIL...

KESIMPULAN

Honda CR-V nyata lebih praktikal berbanding kedua-dua pesaing lain. Contohnya, CX5 mempunyai ruang but luas, tetapi tidak X-TRAIL. Sebaliknya, apabila kerusi baris kedua direbahkan, X-TRAIL menawarkan jarak but lebih panjang berbanding CX5. Namun, CR-V memiliki kedua-dua kelebihan CX5 dan X-TRAIL.

Kekurangan CX5 dan X-TRAIL ialah persamaan bagi dua model itu, iaitu kedua-dua SUV berkenaan tidak dapat memuatkan stroler yang dibuka penuh ke dalam but. Malang sekali CR-V berbeza kerana stroler itu dapat dimuatkan.

Kesimpulannya, CR-V memiliki ciri-ciri kelebihan CX5 (luas) dan X-TRAIL (panjang) dengan tambahan ketinggian but yang tiada pada dua pesaingnya itu. Jadi, mana satu pilihan anda?

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, but Honda CR-V, but Mazda CX5, but Nissan X-TRAIL, but SUV paling luas, Honda Malaysia, Roda4

Comments

  1. Shah says

    May 30, 2016 at 7:30 AM

    Suv mana yg sesuai utk keluarga besar? Yg ada seven seater dan boot luas?

    Reply
    • ABG GYL says

      May 31, 2016 at 12:51 PM

      Ada banyak pilihan. Tapi untuk 7 tempat duduk cuma ada beberapa model saja. Bagi 7 tempak duduk, kebiasaannya ruangan ketiga agak sempit dan hanya sesuai untuk kanak-kanak.

      -Abg GYL-

      Reply
  2. suv says

    January 11, 2017 at 7:31 AM

    xtrail pg die sedap (walaupun hp die kecik dr crv tp power).. crv mcm xsmngat peginyr.. ce try test dua2

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev