• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tumpaskan Penyeludup Minyak di Bintulu

Polis Tumpaskan Penyeludup Minyak di Bintulu

February 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANYAK 25,400 liter diesel dan 1,700 liter petrol bernilai RM381,112 dirampas pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Miri dalam serbuan di sebuah stor di Batu 8, Jalan Bintulu-Miri, dekat Sarawak, Jumaat lalu.

Sindiket penyeludupan minyak itu difahamkan bergerak aktif dalam kegiatan penyeludupan sejak tiga bulan lalu. Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri, Superintendan Tan Hiap Seng berkata, pihaknya menahan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 36 hingga 52 tahun dipercayai penjaga stor berkenaan.

BACA >>> Ganti Tiada Subsidi Petrol, Kerajaan Kekalkan Harga RON95 untuk Sabah, Sarawak

“Pemeriksaan dilakukan dalam stor itu menemui 9,400 liter diesel dan 1,700 liter petrol yang disimpan dalam sembilan tong plastik berwarna putih termasuk peralatan mengepam minyak.

“Kami kemudian menemui 16,000 liter diesel dalam tangki lori minyak yang diparkir di hadapan stor berkenaan.”

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua bahan api tersebut tidak mempunyai permit jualan yang sah sekali gus melanggar undang-undang syarat jual beli yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dal Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Suspek dan barangan rampasan kemudiannya diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Bintulu untuk tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

* Gambar sekadar hiasan

SUMBER: HMetro

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Kawalan Bekalan 1961, Auto Terkini, diesel, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pasukan Gerakan Am(PGA) Miri, petrol, Tan Hiap Seng

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my