• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kadar Tol Semua Lebuh Raya PLUS Turun 18 Peratus Mulai Esok!

Kadar Tol Semua Lebuh Raya PLUS Turun 18 Peratus Mulai Esok!

January 31, 2020 By Abang GYL 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA esok (1 Februari 2020), kadar tol bagi semua lebuh raya kendalian PLUS akan turun sebanyak 18 peratus selaras dengan pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia pada 23 Januari lalu.

Penurunan kadar tol tersebut berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam ini, iaitu 1 Februari 2020 (Sabtu) bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5). Bayaran tol untuk lori (Kelas 2 dan 3) terus kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan hingga tamat Konsesi PLUS pada 2058.

BACA >>> Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

Jika sebelum ini perjalanan dari Jalan Duta sehingga Juru akan dikenakan kadar tol sebanyak RM43.30, kini ia diturunkan kepada RM35.51. Dalam erti lain, pengguna lebuh raya dapat berjimat sehingga RM7.79.

Berikut lebuh raya di bawah PLUS yang akan menurunkan kadar tol hingga 18 peratus:

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Sementara itu, pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) turut menikmati penurunan tol tersebut sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).

Penurunan kadar tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang dan Teksi (Kelas 2) serta Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus sedia ada.

BACA >>> Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!

BACA >>> Lorong RFID Akan Ditambah di 62 Plaza Tol Bermula 1 Januari 2020

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kadar tol, kadar tol baru 2020, kadar tol jambatan kedua pulau pinang, Lebuhraya Utara-Selatan

Comments

  1. Aminuddin says

    July 17, 2020 at 8:56 PM

    Terbaik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev