• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB1000R Stardust Edisi Khas Switzerland dengan Lencana Batu Meteor

Honda CB1000R Stardust Edisi Khas Switzerland dengan Lencana Batu Meteor

February 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Switzerland memperkenalkan CB1000R Stardust edisi terhad yang dibina sempena ulang tahun ke-50 misi pendaratan manusia pertama di bulan.

Pada 20 Julai 1969, pesawat Apollo11 yang membawa dua angkawasan Amerika Syarikat, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mencipta sejarah dengan mendarat di bulan.

Hanya 15 unit CB1000R Stardust ditawarkan yang setiap satu didatangkan dengan cebisan kecil batu meteor dalam lencana Honda, atas tangki minyak.

Lencana istimewa itu dihasilkan dengan kerjasama Honda dan Florian Preziuso, iaitu anak kepada pembuat jam Antoine Prezusio yang pakar dalam embuatan jam tangan mewah, termasuk padanan batu meteor pada tombol jam.

Trenkuasa dan spesifikasi teknikal kekal sama seperti model asal. Cumanya varian Stardust ini didatangkan dalam skema warna khas, Moon Gray (kelabu) dengan Black Cosmos (hitam) berserta jalur emas. Rim menggunakan jenis jejari jenama Kineo berwarna kelabu bersama hab emas dan dibalut tayar Bridgestone RS10.

Bahagian belakang CB1000R Stardust diubah suai dengan memasang pemegang nombor plat lebih kemas bersama signal belok LED. Ekzos asal ditukar kepada jenis SC Project.

Bar hendal, tuil dan cermin sisi jenis Rizoma menjadi padanan pada bahagian depan motosikal ini, manakala pelana menggunakan material Alcantara dwi warna, kelabu dan hitam.

CB1000R Stardust hanya dijual di pasaran Switzerland pada harga Fr19,980 (RM83,700), lebih mahal Fr4,000 (RM16,760) berbanding versi standard.

GALERI
honda-cb1000r-stardust-swiss-1
honda stardust 3
honda stardust 5
honda stardust 4
honda stardust 2
honda stardust
honda stardust 1

SUMBER: Motociclismo

Related

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Antoine Prezusio, Buzz Aldrin, Honda CB1000R Stardust, Honda Swiss, naked bike, neil armstrong, roda2, Switzerland

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev