MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan peningkatan 2.4 peratus jualan trak pikap Triton (2019) untuk pasaran tempatan, iaitu 5,792 unit sepanjang 2019 berbanding tahun terdahulu.
MMM mengakui segmen trak pikap mengalami penurunan agak drastik hingga 21 peratus sepanjang 2019. Menariknya, Triton menjadi satu-satunya jenama trak pikap yang mencatatkan kenaikan jualan positif.
Selain mencatatkan angka jualan tertinggi, pasaran saham Mitsubishi juga meningkat daripada 3.8 peratus kepada 16.5 peratus setakat Januari hingga Disember 2019. Malah, Triton (2019) sendiri menyumbang 71.2 peratus saham syarikat selepas dilancarkan, Januari tahun lalu.
BACA >>> Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Mitsubishi akan terus menghasilkan trak pikap dengan pengendalian terbaik daripada varian premium, Triton Adventure X hingga Triton Quest 4x2 bagi memenuhi pelbagai urusan harian dan keperluan pelanggan.
"Pencapaian kami termasuk menduduki ranking nombor satu dalam JD Power 2019 menerusi Kajian Indeks Perkhidmatan Pelanggan Malaysia (CSI) Pasaran Massa. Ini tahun kedua berturut-turut MMM menduduki ranking nombor satu dan kekal dalam tiga kedudukan teratas selama lima tahun berturut-turut.
"Dari segi jualan, MMM menduduki tempat teratas dalam JD Power 2019, menerusi Kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI). Keputusan ini mencerminkan kepuasan pemilik kereta (pelanggan) selain pengalaman terbaik di pusat khidmat pelanggan kami," katanya.
BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal
Debut Triton(2019) Januari tahun lalu, menonjolkan rekabentuk serba baharu menerusi konsep rekabentuk Dynamic Shield berserta kualiti dan ciri-ciri keselamatan dipertingkat.
Beberapa bulan kemudian, MMM mengambil langkah positif menaik taraf varian Triton Adventure X dan Triton AT Premium. MMM seterusnya melengkapkan barisan trak pikap edisi Triton menerusi pelancaran varian Triton Knight edisi terhad dan Triton Quest baharu.
Triton juga satu-satuny trak pikap yang menawarkan pakej waranti 5 tahun atau 200,000km (mana satu tiba dulu).
BACA >>> Mitsubishi Triton Knight (2020) - Edisi Terhad 120 Unit, Cuma RM137.9k Sahaja
Leave a Reply