SETELAH agak lama menanti, Haval Malaysia menerusi pengedarnya Go Auto akhirnya melancarkan model SUV segmen-C, Haval H2 yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pesaingnya.
Haval H2 hadir dalam tiga varian berbeza iaitu Standard, Comfort dan Premium. Harga jualan bermula dari RM87,246 hingga RM98,915.
HARGA: (Atas jalan termasuk GST dan tanpa insurans)
- Haval H2 Standard - RM87,246
- Haval H2 Comfort - RM95,915
- Haval H2 Premium - RM98,915
MODEL PESAING HAVAL H2:
- Kia Sportage (RM121,888)
- Hyundai Tucson (RM129,990)
- Honda CR-V (RM142,900)
- Mazda CX-5 (RM128,000)
SERVIS PERCUMA:
Untuk tempoh terhad, Go Auto menawarkan servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk servis dan kos buruh.
CBU:
Untuk makluman, 100 unit pertama Haval H2 adalah model dimport sepenuhnya (CBU) dari China. Ia turut menyasarkan model pemasangan tempatan (CKD) menjelang September 2016.
PRESTASI:
Aspek prestasi, Haval H2 dijana unit enjin 1.5L 4G15B 4-silinder dual-VVT. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan bersama pengecas turbo, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork puncak 210Nm (2,200 – 4,500rpm).
LUARAN:
Haval H2 dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom ternganga luas membuatkan ia tampak lebih garang dan menarik.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan bumbung panoramik. Lebih menarik, model SUV ini bakal hadir dalam dua tona warna berbeza. Bukan saja bahagian luaran, ruangan kabin turut menerima nasib yang sama.
BACA>>> Haval M4 ELITE (2016) – RM75,353
DALAMAN:
Memasuki bahagian kabin, anda pasti terkejut dengan kemasan kualiti yang dipamerkan. Persepsi ramai yang menyatakan kenderaan dari China kurang berkualiti tidak lagi boleh diguna pakai.
Kenapa? Haval H2 ‘menghidangkan’ tempat duduk kulit yang boleh dilaras dengan kuasa elektik pada bahagian penumpang.
Ia juga didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin bersama kamera undur. Bukan itu saja, stereng turut dibaluti kulit selain boleh dipadankan dengan butang kawalan infotaiment.
Selain itu, ia juga memiliki sistem audio dengan skrin sentuh, pendingin hawa automatik dua zon dan banyak lagi.
KESELAMATAN:
- 6 beg udara
- Program Stabiliti Elektronik
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Brek Parkir Elektronik
- Blind Spot Visual System
- Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Yang pasti, kehadiran Haval H2 ini bakal memberi cabaran buat pesaingnya yang lain memandangkan harga ditawarkan jauh lebih murah tanpa mengenepikan aspek kualiti.
Leave a Reply