• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bridgestone Hasilkan Tayar Tanpa Angin yang Kalis Pancit, Tampung Berat 2.2 Tan!

Bridgestone Hasilkan Tayar Tanpa Angin yang Kalis Pancit, Tampung Berat 2.2 Tan!

January 29, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BRIDGESTONE mendedahkan maklumat perincian mengenai teknologi tayar tanpa angin yang dikatakan mampu mengatasi masalah tayar kempis atau pancit.

Tayar baharu itu berupaya menampung berat hingga 2,267kg (2.26 tan) dan dihasilkan daripada bahan termoplastik kitar semula. Ujian menunjukkan produk tersebut bukan saja kalis pancit, tetapi juga mampu menangani masalah hilang tekanan angin kerana tidak memerlukan isian angin seperti tayar pneumatik biasa.

BACA >>> Michelin Tweel - Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

Bridgestone mendakwa 90 peratus kehilangan tenaga adalah disebabkan rintangan golekan apabila tayar berubah bentuk ketika memandu. Jadi, proses meringkaskan struktur tayar bukan hanya membantu tayar tanpa angin itu mengurangkan kesan kehilangan tenaga, tetapi juga menawarkan rintangan golekan rendah.

Buat masa ini, produk Bridgestone itu cuma sesuai untuk basikal. Namun, sudah ada beberapa syarikat pengusaha trak logistik mengemukakan hasrat dan kesediaan kepada Bridgestone untuk menghasilkan produk tayar tanpa angin buat kenderaan berat.

Alasannya mudah, tayar mesra alam itu mampu menjimatkan kos menukar tayar yang perlu ditanggung syarikat pengusaha kenderaan berat.

BACA >>> Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin

Bridgestone tayar
bridgestone-tayar-basikal-airless-1
bridgestone-tayar-basikal-airless-2
bridgestone-tayar-basikal-airless-3
bridgestone-tayar-basikal-airless-4

SUMBER: VisorDown

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bridgestone, Produk, Shell Advance ultra dengan Teknologi PurePlus, Tayar, Tayar Basikal, Tayar Kalis Pancir, tayar tanpa angin, teknologi tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev