• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Honda CBR1000RR-R Fireblade SP di AS, UK dan Eropah Diumumkan

Harga Honda CBR1000RR-R Fireblade SP di AS, UK dan Eropah Diumumkan

January 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

511
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MALAYSIA baru saja melancarkan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP pada 12 Januari lalu pada harga RM198,800 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Namun superbike itu hanya akan berada di bilik pameran, Mei depan.

Bagaimanakah pula harga model tersebut di pasaran negara lain. Di Amerika Syarikat, CBR1000RR-R Fireblade SP dijual pada harga AS$28,500 (RM115,870), manakala Britain, £23,499 (RM124,750) dan negara utama Eropah, €27,000 (RM120,980).

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_24
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_15
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_22

Walaupun lebih murah daripada pasaran tempatan, tetapi jangan pula lupa kirakan sekali caj cukai dikenakan pembeli di sana. Tanda harga tersebut juga menjadikan CBR1000RR-R Fireblade SP sebagai antara superbike paling mahal di pasaran selain Kawasaki H2R pada harga kira-kira RM300,000.

Enjin CBR1000RR-R Fireblade SP mempunyai gerek dan lejang sama seperti jentera RC213V-S. Ini bermakna, ada piston sebesar 81mm yang ditolak naik rod, dengan lejang 48.5mm. Enjin 4-silinder sebaris itu mampu menjana kuasa setinggi 213hp @ 14,500rpm dan tork 12.7Nm @ 12,500rpm.

BACA >>> #EICMA2019: 30 Foto Honda CBR 1000RR-R Fireblade SP yang Tangkap Leleh!

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_17
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_8
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP_20

Honda mendakwa menganjakkan angka kuasa melepasi paras 200hp berdasarkan pengalaman diraih daripada trek MotoGP. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan melalui transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri Quickshifter  bersama padanan klac hidraulik multiplat basah dan klac bantuan anti-gelincir (A&S).

Related

511
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harga, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), Honda EU, honda superbike, Honda UK, Honda USA, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev