• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

February 4, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWALAN Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) lebih sinonim dengan ciri kereta moden masa kini. Kebanyakan sistem ACC menggunakan radar atau sensor untuk memantau kedudukan kenderaan lain di depan.

Selepas AAC diaktifkan, kawalan kenderaan akan diambil alih komputer. Kemudian, sistem radar atau sensor akan mengekalkan jarak dan halaju kereta, termasuk mengaktifkan brek mengikut kenderaan depan.

Namun, bukan semua pengeluar menggunakan radar (gelombang signal) sebagai pengesan. Contohnya, Subaru memilih menggunakan teknologi kamera.

Sistem kamera juga digunakan Kawasaki untuk membangunkan sistem ACC buat model tourer jenama itu. Dua unit kamera dipasangkan untuk mendapatkan pandangan stereoskopik seperti mata manusia. Kamera stereo tersebut membolehkan komputer menganggarkan jarak kedudukan sesuatu objek.

BACA >>> Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap

Rekabentuk teknologi ACC Kawasaki ini baru saja dipatenkan.

Dokumen paten menunjukkan Kawasaki memasang dua kamera pada kiri dan kanan fairing (no 60). Pada November lalu, Kawasaki mengesahkan sedang bekerjasama dengan Bosch untuk membangunkan teknologi pengesan pada motosikal.

Radar dan kamera masing-masing ada kelebihan sendiri. Teknologi radar lebih bermanfaat ketika kenderaan melalui kawasan dengan kadar penglihatan rendah seperti kabus atau cuaca hujan. Sistem kamera dengan padanan perisian pula membolehkan sesuatu teknologi bertindak lebih pintar bagi membezakan objek dan kenderaan.

Dalam kes tertentu, kamera mampu memberikan amaran lebih pantas berbanding radar, seperti dalam situasi kereta depan membrek mengejut.

BACA >>> Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

SUMBER: TMC

Related

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adaptive Cruise Control, Adaptive Cruise Control (ACC), Auto Terkini, Kawalan Jelaja Adaptif (ACC), Kawasaki, paten, paten Kawasaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev