• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R

Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R

January 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA khabarnya bakal melancarkan model sportbike suku liter terhangat, CBR250RR versi dipertingkat di Jepun, bulan depan. Jika perkara benar, pengeluar itu akan mendahului pesaing lain dalam segmen sama kerana Kawasaki nampaknya perlu menumpukan kepada model baharu, ZX-25R.

CBR250RR dikategorikan sebagai antara sportbike 250cc popular di beberapa negara seperti Jepun, Thailand dan Indonesia. Honda bukan hanya mengenakan seragam merah-putih baharu untuk CBR250RR, tetapi turut diberikan frem merah, rim emas dan fork terbalik (USD), termasuk ditambahkan kuasa 3hp.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Honda CBR250RR (2020) Facelift dengan Klac A&S

HONDA cbr250rr 2
HONDA cbr250rr 1

Tambahan kuasa baharu itu menjadikan jumlah output CBR250RR mencecah 41hp, daripada kuasa model lama, 38hp. Angka kuasa itu mungkin sebagai persediaan berdepan kekuatan model empat silinder ZX-25R yang dijangka mampu meledakkan kuasa setinggi 45hp dan rev lebih 17,000rpm.

Bagaimanapun, Honda masih belum mendedahkan perubahan mekanikal untuk mendapatkan anjakan kuasa itu. Ada juga teori mendakwa pengeluar itu akan menala semula rev enjin (rpm) yang disesuaikan dengan ciri klac anti-gelincir (A&S) dan sistem Quick Shifter.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

SUMBER: YoungMachine | GreatBikers

Related

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda CBR250RR (2020) Facelift, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev