• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bentley Flying Spur Guna 3km Benang untuk Kemasan Dalaman

Bentley Flying Spur Guna 3km Benang untuk Kemasan Dalaman

January 27, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DEFINISI supercar mewah bukan setakat bahan digunakan, tetapi juga melibatkan proses pembuatan yang mengambil masa lama dan mendapat sentuhan tenaga pakar.

Bentley Flying Spur ialah contoh antara supercar mewah yang menggunakan kemasan dalaman buatan tangan dengan sulaman paling mewah dan sofistikated di dunia.

Pemilik Bentley diberikan 14 warna kulit pilihan untuk kemasan dalaman dan 23 sulaman kontras pelbagai warna. Bagi menghasilkan kabin super mewah itu, 350 keping kulit unik digunakan untuk menghiasi 60 komponen buatan khas bersama lebih 3km benang.

BACA >>> Bentley Flying Spur (2020) Debut dengan Ciri Moden Klasik dan Kuasa Enjin 626hp

SENTUHAN PAKAR KRAF

Semua kerja itu dilakukan 141 pakar kraf Bentley yang bukan dipilih sembarangan. Setiap pakar kraf tersebut perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya lima bulan di bawah Bentley’s Master Trainers bagi mencapai tahap kemahiran tertinggi, termasuk mempelajari pelbagai teknik dalam menghasilkan kemasan dalaman Bentley mengikut standard paling tinggi.

Selain staf pakar mahir, Bentley turut prihatin dengan bahan digunakan pada interior Flying Spur. Semua kulit diperoleh secara lestari daripada lembu Eropah Utara yang menjadi produk sampingan industri daging.

5 METER BENANG UNTUK SULAMAN STERENG

Komponen paling utama dalaman Flying Spur ialah balutan stereng dengan sulaman silang yang menggunakan 5 meter benang. Panjang benang itu perlu melalui 352 lubang jahitan bagi mendapatkan hasil 168 sulaman silang berbeza, manakala masa diperlukan pakar kraf Bentley untuk menyiapkan satu stereng ialah tiga jam setengah!

Ia disulam menggunakan sepasang jarum buatan khas dengan gerakan tangan cukup rumit yang sukar dilakukan mesin. Walaupun dibuat secara manual, khidmat mesin tetap diperlukan. Sebanyak lima mesin jahit berlainan jenis digunakan untuk mendapatkan ketebalan benang berbeza yang menyumbang kepada tahap kerumitan dan perincian dalam kereta tersebut.

Contohnya, sulaman pada bahagian beg udara menggunakan benang lebih nipis supaya keselamatan menjadi prioriti utama. Keselesaan kerusi adalah satu faktor penting untuk kereta seperti ini. Empat kerusi Flying Spur memerlukan 12 jam untuk dipasangkan menggunakan tangan. Logo sayap Bentley pada perehat kepala pula terdiri daripada 5,103 sulaman berbeza.

Flying Spur adalah sedan sport premium yang diperkenalkan pada Jun 2019. Trenkuasa dikuasakan enjin mega 12-silinder 6.0L Turbo Kembar. Enjin TSI itu dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan. Selari sesaran enjin besar, output kuasa dihasilkan ialah 626hp dan tork 900Nm, manakala pecutan 0-100 kmj hanya memerlukan 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 333kmj!

BACA >>> Set Pen Graf von Faber-Castell Edisi Terhad Sempena Aniversari Bentley ke-100, RM2.3k

GALERI

Bentley Flying Spur.12
Bentley Flying Spur.02
Bentley Flying Spur.01
Bentley Flying Spur.03
Bentley Flying Spur.04
Bentley Flying Spur.05
Bentley Flying Spur.06
Bentley Flying Spur.07
Bentley Flying Spur.08
Bentley Flying Spur.09
Bentley Flying Spur.10
Bentley Flying Spur.11
Bentley Flying Spur.13
Bentley Flying Spur.14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Flying Spur, Bentley Flying Spur (2020), Supercar, Supercar Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev