• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi

Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi

January 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

851
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Motor Co akan muflis dalam tempoh 2-3 tahun akan datang, kata Carlos Ghosn kepada peguam belanya dalam wawancara khas lebih 10 jam sebelum mantan presiden kepada perikatan automotif Nissan-Renault-Mitsubishi itu 'lari' meninggalkan Jepun.

Ramalan Ghosn itu, yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan Motor Co dan Renault SA, dibuat tahun lalu dalam sesi perbualan khas mengenai penahanan dan pendakwaan terhadapnya, kata mantan pendakwa, juga pengkritik kepada sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara (foto bawah).

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

nobuo-gohara
nobuo-gohara-2

"Beliau (Ghosn) cakap Nissan akan bankrap dalam tempoh 2-3 tahun," kata Gohara dalam sidang media di Tokyo untuk membincangkan isu kontroversi tentang eksekutif tersebut. Bagaimanapun Ghosn tidak menjelaskan terperinci tentang masalah Nissan.

Jurucakap Nissan, Azusa Momose enggan mengulas kenyataan Ghosn. Namun faktanya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Yokohama itu memang sedang bergelut dengan penurunan jualan di China dan Eropah selaku pasaran paling penting.

Apa yang berlaku memaksa Nissan menghentikan beberapa operasi kilang dan mengurangkan 12,500 pekerja global. Malah kini sedang menyiapkan diri dengan beberapa strategi sokongan seperti kenderaan elektrik (EV).

BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

2020 Nissan TITAN SL-15-1200x800
Nissan Sentra.27
Nissan LEAF e+.02

Gohara berkata, beliau bertemu dan menemu bual Ghosn lima kali sepanjang tempoh dua bulan sebelum Ghosn melarikan diri ke Beirut, Lebanon. Malah, anak guamnya itu mengizinkan perincian temu bual mereka berdua itu didedahkan kepada umum.

Kemelut menimpa Ghosn mula mendapat perhatian dunia sejak 2018 berikutan skandal penyelewengan wang. Awal bulan ini, beliau dilaporkan melarikan diri dari Jepun menggunakan jet peribadi, sekali gus menjadikannya individu paling diburu peringkat antarabangsa.

Ghosn mendakwa dia terpaksa melarikan diri ke Lebanon kerana penipuan sistem keadilan di Jepun.

BACA >>> Cara Ghosn Terlepas Lari Naik Jet ke Lebanon Jadi Misteri?

SUMBER: Bloomberg

Related

851
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Carlos Ghosn, Nissan, Nobuo Gohara, pakatan, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Skandal Carlos Ghosn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev