• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BHPetrol Kongsi 6 Tip Memandu Jauh Sempena Tahun Baru Cina

BHPetrol Kongsi 6 Tip Memandu Jauh Sempena Tahun Baru Cina

January 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BHPetrol berkongsi tip memandu jauh sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 25 Februari ini.

Tip keselamatan tersebut dikongsikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Wong Yau Duenn yang hadir sebagai tetamu khas dalam majlis meraikan pelanggan setia BHPetrol di stesen minyak BHP, Jalan Cheras dekat Taman Midah, Kuala Lumpur, hari ini.

Berikut apa dikongsikan Yau Duenn:

  1. Rancang perjalanan sebaiknya.
  2. Sentiasa memeriksa kenderaan anda dan pastikan dalam keadaan baik.
  3. Peka keadaan sekeliling dan berwaspada terhadap bahaya yang mungkin ada.
  4. Patuhi had laju ditetapkan.
  5. Sentiasa pakai tali keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak (jika ada anak kecil).
  6. Bersedia menghadapi risiko kenderaan rosak dengan memastikan kenderaan dilengkapi peti keselamatan dan barangan keperluan lain.

Pada majlis itu, BHPetrol turut mempromosikan beberapa makanan dan minuman yang ada di kedai serbaneka BHPetromart di stesen minyak tersebut. Ini termasuk mengagihkan makanan ringan, minuman dan limau mandarin kepada pengunjung stesen. Pelanggan juga diberi angpau yang diisi baucar BHPetrol.

Dirasmikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad, majlis tersebut diakhiri dengan sesi sumbangan helmet baharu kepada pelanggan bertuah sempena kempen keselamatan jalan raya bersama BHPetrol. Majlis turut dimeriahkan pengusaha stesen minyak BHPetrol sekitar Lembah Klang, rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan sekitar Cheras.

BACA >>> BHPetrol Diesel Infiniti EURO 5 Kini Menuju Ke Utara

Azizul Azily berkata;

Kepada semua pelanggan kami, khususnya kaum Cina, Selamat Tahun Baru Cina, GONG XI FA CHAI!

"Berhati-hati ketika memandu, semoga selamat dan bergembira menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Berhentilah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api Infiniti untuk perjalanan yang lancar, dan membeli makanan atau minuman ringan di kedai serbaneka BHPetromart. Yang penting, janji selamat sampai."

BACA >>> Infiniti RON95 Euro4M Kini di 400 Stesen Minyak BHPetrol Seluruh Negara

GALERI
BHPetrol Rai Pelanggan (10)
IMG20200123105403-1024x768
BHPetrol Rai Pelanggan (1)
BHPetrol Rai Pelanggan (9)
BHPetrol Rai Pelanggan (11)
BHPetrol Rai Pelanggan (5)
BHPetrol Rai Pelanggan (2)
BHPetrol Rai Pelanggan (3)
BHPetrol Rai Pelanggan (6)
BHPetrol Rai Pelanggan (4)
BHPetrol Rai Pelanggan (8)
BHPetrol Rai Pelanggan (7)

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BHPetrol, BHPetrol Infiniti, BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), stesen minyak BHP, Wong Yau Duenn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev