• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAA: Kereta Atas Jalan (OTR) dan CKD Tak Naik Harga Tahun Ini!

MAA: Kereta Atas Jalan (OTR) dan CKD Tak Naik Harga Tahun Ini!

January 22, 2020 By Azhan O Leave a Comment

516
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA sebarang kenaikan harga kereta atas jalan (OTR) bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sepanjang tahun ini, menurut, Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memutuskan untuk menyerap perbezaan harga OTR bagi model tertentu hingga 30 Disember 2020.

BACA >>> Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

"Ini untuk model yang terjejas oleh ketelusan pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV), seperti digariskan dalam Customs Gazette P.U.A (402) bertarikh 31 Disember 2019.

"Sebarang kenaikan harga OTR (untuk model tersebut) akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan Kementerian Kewangan tahun ini dan perbezaan duti untuk tahun-tahun sebelum ini akan turut dikecualikan, berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Aishah berkata demikian dalam taklimat media mengenai tinjauan pasaran 2019 dan prospek 2020 MAA di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya lagi, syarikat automotif diminta mengemukakan OMV bagi model terjejas kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan segera.

“Rundingan lanjut akan dilakukan JKDM, Kementerian Kewangan dan penggiat industri untuk menentukan pelaporan telus OMV selepas 2020,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengiraan MAA, Kerajaan akan menyerap hingga RM33,000 seunit melalui langkah itu. Sementara itu,  semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) akan diumumkan pada suku pertama 2020.

“NAP 2020 pada dasarnya diluluskan. Saya diberitahu Kabinet sudah mengesahkannya dan akan diumumkan Perdana Menteri pada suku pertama 2020.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menunggu tarikh dan masa Perdana Menteri untuk mengumumkannya. Oleh itu, tidak lama lagi,” katanya.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

SUMBER: Bernama

Related

516
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CKD, Dasar Automotif Nasional (NAP), Datuk Aishah Ahmad, Harga Kereta Atas Jalan (OTR), Kementerian Kewangan, Nilai Pasaran Terbuka (OMV), Pemasangan Tempatan (CKD), Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev