• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Kedap Getah Tingkap, Honda Thailand Panggil Balik City (2020)

Masalah Kedap Getah Tingkap, Honda Thailand Panggil Balik City (2020)

January 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS dua bulan memasuki pasaran Thailand sejak November 2019, Honda memanggil balik model City (2020), termasuk menangguhkan penghantaran unit baharu kepada pelanggannya berikutan masalah kerosakan salur tingkap.

Menurut IndianAutosBlog, yang mendakwa melihat dokumen dihantar kepada wakil jualan yang meminta sedan subkompak itu ditangguhkan penghantaran sehingga tarikh diberitahu. Malah, wakil jualan diarahkan memanggil balik unit yang sudah diterima pelanggan.

BACA >>> Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo

Kerosakan itu dikatakan ada kaitan dengan kedap getah tingkap pada frem pintu dan Honda Thailand masih lagi menyiasat isu berkenaan. Selain menghalang air masuk ke dalam kabin, kedap getah itu untuk juga berfungsi sebagai penampan antara besi frem pintu dan kaca tingkap.

Setakat ini, masih belum jelas jenis kerosakan tersebut, dan Honda Thailand menyatakan akan mengemas kini maklumat kepada wakil jualan dari semasa ke semasa.

City (2020) generasi kelima dipasang di kilang Honda Ayutthaya, Thailand. City (2020) yang didatangkan dengan enjin 3-silinder 1.0L VTEC Turbo berkuasa 120hp dan tork 172Nm serta dipadankan transmisi CVT. Enjin baharu itu menawarkan tork lebih tinggi berbanding enjin 1.5L pada City lama, dan setanding enjin 1.8L yang ada pada Civic.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda City, Honda City 2020, Kempen Panggil Balik, kempen panggil balik Honda, Panggil Balik, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my