• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yadea C1S - Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah

Yadea C1S - Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah

January 20, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL skuter elektrik canggih berwajah klasik buatan China bakal memasuki pasaran beberapa negara Eropah menjelang musim bunga tahun ini.

Dikenali sebagai C1S, model itu dilancarkan Yadea Group dari China di Pameran Motor Milan (EICMA) 2019. Skuter tersebut menggunakan satu unit motor yang dipasangkan pada sisi kanan hab roda belakang, seperti gaya Vespa zaman dahulu kala.

C1S adalah hasil rekaan pasukan rekabentuk Kiska, iaitu firma sama yang menghasilkan model-model KTM dari Austria. Menariknya, kemasan cat untuk skuter ini mendapat sentuhan pereka Sweden, Beckers.

BACA >>> Zapp i300 Tawar Prestasi Skuter Elektrik Setanding Enjin Petrol 300cc

Yadea C1S (3)
Yadea C1S (2)

Motor 6,000W pada roda C1S mampu menghasilkan pecutan hingga 80kmj dan tork 138Nm. Bersama bantuan dua pek bateri litium-ion boleh tanggal, model ini boleh ditunggang sejauh 100km. Bateri digunakan juga dikatakan sama seperti bateri kereta Tesla Model S, yang sesuai untuk suhu sejuk dan panas (-20ºC hingga 55ºC).

Menariknya, skuter berkenaan sarat dengan ciri teknologi termaju seperti geosensing, kunci dan penghidup enjin tanpa wayar, kawalan jelajah dan lampu depan LED dengan sensor pengesan (self sensing).

Yadea C1S (9)
Yadea C1S (4)

Tambahan lain ialah sistem penggera antikecurian, ada gear parkir (P) dan gear undur (R), dan slot USB untuk mengecas telefon pintar. Sistem brek menggunakan sistem brek gabung (CBS) dan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS).

Sistem KERS berfungsi menerusi kuasa janaan semula yang diperoleh ketika membrek untuk mengecas semula bateri. Skuter ini memiliki ruang simpanan 25 liter. Jerman, Perancis, Belanda dan Sepanyol antara negara Eropah yang tersenarai sebagai destinasi pasaran C1S.

BACA >>> MBI X - Skuter Elektrik dari Korea ini Cuba Nasib di Pasaran Vietnam, Harga RM7,100

GALERI
Yadea C1S (1)
Yadea C1S (10)
Yadea C1S (8)
Yadea C1S (9)
Yadea C1S (7)
Yadea C1S (5)
Yadea C1S (6)
Yadea C1S (3)
Yadea C1S (4)
Yadea C1S (2)

SUMBER: E-Scooter | ElectricMotorcycles

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: kiska, roda2, skuter, skuter elektrik, Yadea C1S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev