• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dokumen 'Project 1708' Bocorkan Rahsia Ducati Panigale V4 Superleggera?

Dokumen 'Project 1708' Bocorkan Rahsia Ducati Panigale V4 Superleggera?

January 15, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA pelanggan dan peminat Ducati dilaporkan dijemput pengeluar motosikal dari Itali itu untuk mengikuti perkembangan pembangunan 'Project 1708' menerusi satu laman web khas.

Beberapa laporan lain mengatakan jemputan itu dibuat menerusi e-mel yang dikirimkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor, Claudio Domenicali dengan menceritakan kehebatan satu model superbike baharu.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

Namun, malang buat Ducati kerana bocor satu dokumen yang memperincikan maklumat Project 1708 seperti harga, spesifikasi dan rancangan pengeluaran model berkenaan. Ada laporan mendakwa model itu ialah Panigale V4 Superleggera.

BACA >>> Spyshot: Ducati Panigale V4 Superleggera Akan Jadi Superbike Pengeluaran Paling Ringan?

spyshot-ducati-panigale-v4-superleggera-2020-2
spyshot-ducati-panigale-v4-superleggera-2020-1

Superbike misteri itu dikatakan mampu meledakkan kuasa hingga 224hp @ 15,250rpm dan tork 115.6Nm @ 11,750rpm. Jika dipasangkan sistem ekzos lumba penuh Akrapovic titanium, kuasa yang terhasil mampu ditingkatkan hingga 234hp @ 15,500rpm dan tork 117.7Nm @ 11,750rpm.

Cuma tidak jelas sama ada trenkuasa 'Project 1708' akan menggunakan enjin Panigale V4, Panigale V4 S (1,103cc ) atau Panigale V4 R (998cc). Berat motosikal Ducati Project 1708 cuma 152kg, hasil penggunaan material gentian karbon secara ekstensif termasuk rim, swingarm, frem dan subfrem belakang.

Ini termasuk material titanium yang turut digunakan dalam pembuatan komponen seperti skru dan nat (termasuk aluminium), aci sesondol (camshaft) dan spring absorber belakang Ohlins TTX36. Fork depan daripada Ohlins NPX 25/30. Transmisi klac kering turut membantu meringankan berat keseluruhan superbike tersebut.

BACA >>> Lenovo Ducati 5 - Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

Dokumen bocor berkenaan juga mendedahkan Project 1708 dipasangkan winglet, tayar Pirelli dan seragam seperti Ducati Desmosedici GP19 (gambar atas) yang menjadi jentera Ducati Team dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2019.

Pengeluaran Ducati Project 1708 dijadualkan bermula April ini yang mana lima unit model akan dibina dalam tempoh sehari. Proses penghantaran kepada pelanggan pula bermula Mei akan datang, manakala harga untuk pasaran Amerika Syarikat ialah AS$100,000 (RM407,790).

SUMBER: GPOne | AsphaltandRubber | RoadRacing | VisorDown

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Claudio Domenicali, Ducati, Ducati Project 1708, Panigale V4 Superleggera, roda2

Comments

  1. Jan says

    January 21, 2020 at 8:17 PM

    Tidak ada guna nya jika jentera terlalu berkuasa untuk ditunggang atas jalan raya umum, mungkinkah model ini bakal menjadi model khusus litar lumba?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev