• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas X70, Tiga Lagi Model Proton Tembus Pasaran Brunei

Selepas X70, Tiga Lagi Model Proton Tembus Pasaran Brunei

January 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Holdings Bhd (Proton) sedang giat memburu matlamat jangka panjang mereka sebagai jenama paling laris di Malaysia dan nombor tiga di Asean menjelang 2027. Selepas kejayaan X70, tiga lagi model Proton dilancarkan di Brunei.

Pad Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Proton di Brunei melancarkan model Iriz, Exora dan Persona baharu versi dipertingkat (facelift), baru-baru ini.

BACA >>> Proton Eksport 225 Unit Saga, Exora dan Preve ke Mesir

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dipetik HMetro berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pertumbuhan jualan eksport pada 2020 selepas mencatatkan peningkatan jualan cemerlang tahun lalu, iaitu sebanyak 55.7 peratus.

"Pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan Proton. Ketika kami menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lalu, kami melakukannya dengan turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara selain Malaysia dan hari ini, tiga daripada model berkenaan berada di pasaran Brunei,"

"Malah, Proton juga berjaya menamatkan tahun 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan dan akan terus berusaha meningkatkan prestasi jualan tahun ini termasuk melalui eksport."

Model baru Proton dijual pada bayaran ansuran serendah B$282 (RM854) sebulan untuk model Persona dan Iriz.

Proton menamatkan 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan di Malaysia yang menyaksikan kerjasama strategik antara pengeluar nasional itu dan Zhejiang Gelly Holding Group (Geely) pada 2017 nyata membuahkan hasil dengan meraih keuntungan berganda. Proton akan terus meluaskan lagi pasaran jualan X70 menerusi pengeluaran versi pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

BACA >>> Proton Lepasi Angka Jualan 100,000 Unit Kenderaan, Terbaik Sejak 2015!

GALERI
proton-brunei-1
proton-brunei-2
proton-brunei-3
proton-brunei-4
proton-brunei-5
proton-brunei-6
proton-brunei-7
proton-brunei-8
proton-brunei-9

SUMBER: HMetro | PadMotorsProtonBrunei

Related

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Eksport Proton, Geely Auto, PAD Motors Sdn Bhd, Proton eksport kereta ke Brunei, PROTON Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev