MAZDA CX-30 serba baharu rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebagai crossover kompak baharu yang akan mengisi slot segmen antara CX-3 dan CX-5 dengan menampilkan falsafah rekabentuk Kodo yang diperhalusi.
Bersama pakej yang lebih relaks dan mesra pengguna dengan ruang kabin selesa untuk empat dewasa, CX-30 mampu memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan. Crossover ini juga direka untuk mudah dipandu dengan profil badan tinggi untuk sudut pandang jelas, dan saiz badan tidak terlalu besar yang memudahkan ia dikawal dalam pelbagai kondisi jalan dan mudah diparkir.
Apa yang menarik tentang CX-30 yang perlu anda tahu?
1. Didatangkan dalam tiga pilihan varian dan harga seperti berikut:
- SkyActiv-G 2.0L (petrol) - RM143,059.00
- SkyActiv-G 2.0L High (petrol) - RM164,059.00
- SkyActiv-D 1.8L High (diesel) - RM172,943.60
* Harga tidak termasuk insurans.
2. Ada dua varian enjin ditawarkan dengan kuasa dan tork berbeza:
- SkyActiv-G 2.0L - Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1,998cc DOHC dengan VVT berkuasa 162hp @ 6,000rpm, dan tork maksimum 213Nm @ 4,000rpm. Kelajuan maksimum 196kmj.
- SkyActiv-D 1.8L - Enjin diesel 4-silinder 16-injap 1,759cc DOHC dengan VVT berkuasa 114hp @ 4,000rpm, dan tork 270Nm @ 1,600-2,600rpm. Kelajuan maksimum 183kmj.
Kedua-dua trenkuasa menggunakan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-DRIVE dengan mod anjakan manual, manakala kapasiti tangki 51 liter.
3. Model import penuh (CBU) ini menampilkan rekabentuk luaran yang bersih, dan slik tanpa garis badan, tetapi pelapik keliling gerbang roda direka besar, membuatkan roda nampak kecil.
4. Rupa dalaman tampil menarik dan elegan dengan rekabentuk mewah yang memberikan fokus utama kepada pemandu. Imej premium diserlahkan menerusi kemasan sulaman benang kontras untuk papan pemuka.
5. Sistem infotainment juga direka baharu dengan memuatkan paparan skrin lebar 8.8 inci dan tombol kawalan rotari. Antara ciri standard kabin yang disediakan ialah sistem MazdaConnect dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, dan paparan warna penuh dengan sambungan auksiliari dan Bluetooth. CX-30 juga didatangkan dengan lapan sistem pembesar suara sebagai standard.
6. Rim aloi varian petrol standard bersaiz 16 inci dengan tayar 215/65R16, manakala rim aloi petrol variah High dan diesel 17 inci dengan tayar 215/55R18. Hanya varian 2.0L saja diberikan teknologi LED dan kerusi kulit. Sistem suspensi menggunakan strut McPherson di depan dan Torsion Beam di belakang.
8. Selain itu, jika memilih varian 2.0L High dan 1.8L Diesel High, anda akan diberikan ekstra ciri keselamatan seperti: Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Pintar hanya ditawarkan pada.
9. Ada lapan pilihan warna CX-30 ditawarkan iaitu: Soul Red Crystal (merah), Machine Gray (kelabu), Titanium Flash, Jet Black (hitam), Deep Crystal Blue (biru), Sonic Silver (perak), Snowflake White Pearl (putih mutiara) dan Polymetal Gray Metallic (kelabu metalik).
10. CX-30 didatangkan dengan 5 tahun untuk waranti pengilang dan servis percuma, serta terhad kepada perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).
Leave a Reply