• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mash X-Ride Classic 650 - Model Dirt Tracker Gaya Retro Buatan Perancis

Mash X-Ride Classic 650 - Model Dirt Tracker Gaya Retro Buatan Perancis

January 15, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

255
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA ramai tidak kenal Mash Motors sebagai pengeluar motosikal yang berpangkalan di Perancis yang terlibat dalam pembuatan jentera dua roda sejak 2014.

Sepanjang lima tahun lalu, pengeluar itu aktif meluaskan rangkaian produk motosikal jenama itu dan kini sudah ada lebih 20 model, termasuk skuter, terdiri daripada kelas 50cc hingga 400cc, manakala segmen skuter 50cc dan 125cc.

BACA >>> Peugeot P2X - Motosikal Konsep Gaya Perancis

Mash Motors baru-baru ini memperkenalkan model retro baharu, X-Ride Classic 650, yang juga motosikal dengan kapasiti enjin paling besar pernah dihasilkan pengeluar berkenaan.

X-Ride Classic 650 ialah model dirt tracker retro yang menggunakan komponen moden mengikut trend semasa. Trenkuasa dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 643.7cc dengan nisbah mampatan 8.8: 1, manakala petrol disalurkan dengan sistem injektor elektronik Delphl. Sistem transmisi pula jenis klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> Satu-Satunya Pasukan Perancis dalam MotoGP, Tech3 Harap Tuah Laman Sendiri

Mash X-Ride Classic 650 (3)
Mash X-Ride Classic 650 (6)
Mash X-Ride Classic 650 (9)

Kuasa enjin disalurkan ke roda belakang menerusi sistem pacuan rantai. Angka kuasa mencatatkan 40hp @ 6,000rpm dan tork 45.3Nm @ 4,500 rpm. Sistem suspensi dipasangkan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala brek cakera tunggal digunakan pada kedua-dua roda bersaiz 320mm di depan dan 240mm di belakang. Rim pula X-Ride Classic 650 dengan saiz 17 inci.

Mash Motors turut melengkapkan lampu utama dan lampu signal belok dengan LED, manakala kombinasi meter analog tertera pada skrin LCD. Kapasiti tangki motosikal mampu mengisi hingga 12 liter petrol.

Harga X-Ride Classic 650 ialah £4,999 (RM26,580), Namun, jualan hanya bertumpu di Britain dan Mash Motors belum ada rancangan untuk mengeksport motosikal mereka ke pasaran luar.

BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

GALERI
Mash X-Ride Classic 650 (5)
Mash X-Ride Classic 650 (1)
Mash X-Ride Classic 650 (4)
Mash X-Ride Classic 650 (9)
Mash X-Ride Classic 650 (8)
Mash X-Ride Classic 650 (7)

SUMBER: MashMotors | GreatBiker

Related

255
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Delphl, Dirt Tracker, Mash Motors, Mash X-Ride Classic 650, roda2, scrambler, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev