POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman 50 peratus untuk pembayaran secara atas talian bermula 18 Januari hingga 1 Februari ini.
Kenyataan itu dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, tahun ini PDRM akan lebih menumpukan kepada kaedah e-pembayaran kepada mana-mana pihak yang mahu melunaskan saman-saman tertunggak, terutama sempena musim perayaan.
“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sampai berjam-jam lama.
Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” kata Azisman dalam sidang media khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
BACA >>> Polis Mintas Saksi Rakam Pegawai JPJ Serang Penunggang Motor Bantu Siasatan
Leave a Reply