• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Infiniti RON95 Euro4M Kini di 400 Stesen Minyak BHPetrol Seluruh Negara

Infiniti RON95 Euro4M Kini di 400 Stesen Minyak BHPetrol Seluruh Negara

January 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BHPETROL mengumumkan minyak Infiniti RON95 kini memenuhi standard Euro4M dan sudah ada di semua stesen minyak BHPetrol seluruh negara. Ini selari kehendak Kerajaan yang mahu semua syarikat petroleum membekalkan petrol RON95 standard Euro4M bermula 1 Januari 2020.

Seperti Infiniti RON97 Euro4M, Infiniti RON95 Euro4M baharu didatangkan dengan pakej aditif berprestasi tinggi yang mempunyai pelbagai fungsi seperti membersih dan mencegah pembentukan deposit serta mengurangkan geseran dalaman. Kadar kandungan pakej aditif pada kekuatan maksimum 800ppm untuk prestasi terbaik.

BACA >>> BHP Lancar Petrol Infiniti dengan Formulasi Aditif Baharu

Dengan piawaian Euro4M yang lebih tinggi, kandungan sulfur dikurangkan kepada 50 bahagian per sejuta (ppm) daripada 500ppm yang dibenarkan untuk standard Euro2M. Pengurangan sulfur bermakna emisi ekzos akan lebih bersih. Selain itu, pengurangan sulfur juga secara langsung mengurangkan tahap asid enjin, memanjangkan hayat enjin dan mengurangkan simptom sistem penghantaran minyak tersumbat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol Sdn Bhd, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, penghantaran minyak Ron 95 Euro4M  dijalankan sejak minggu akhir 2019 dan tawaran minyak tersebut kini tersedia di 400 stesen BHPetrol seluruh negara.

Bagi mengetahui dengan lebih terperinci mengenai minyak Infiniti BHPetrol dan produk serta servis yang ditawarkan, sila layari laman web BHPetrol.

BACA >>> BHPetrol Diesel Infiniti EURO 5 Kini Menuju Ke Utara

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BHPetrol, BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M, EURO4M, harga minyak petrol, Infiniti RON95, Infiniti RON95 Euro4M, Ir Azizul Azily Ahmad, minyak bhpetrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev