• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sense Brand Tayang Sistem Ekzos yang Super Ekstrem di Tokyo

Sense Brand Tayang Sistem Ekzos yang Super Ekstrem di Tokyo

January 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

803
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR ekzos prestasi tinggi seperti MagnaFlow, Akrapovic dan Borla memang terkenal dalam kalangan peminat kereta serata dunia, lebih-lebih lagi di Amerika Syarikat dan Eropah.

Di Jepun pula, ada satu pengeluar ekzos yang berjaya menarik perhatian ramai menerusi rekacipta produk luar biasa. Syarikat dikenali Sense Brand itu memilih pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2020 sebagai platform memperagakan sistem ekzos ekstrem jenama itu yang dipasangkan pada beberapa model Toyota.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Material Ekzos Pengaruhi Bunyi atau Prestasi?

Sense Brand, yang beroperasi di Kanagawa, Jepun mencipta dua sistem ekzos berbeza untuk Toyota Crown Athlete. Salah satunya ialah kereta kelabu di atas yang mempunyai set dwi ekzos dengan peredam bunyi yang disusun bawah bampar belakang.

Ada lagi empat ekzos di tengah bampar sama. Dua lagi dipasang pada sisi kereta iaitu dekat pintu penumpang belakang. Keseluruhannya ada lapan ekzos pada kereta Toyota tersebut yang semua berfungsi.

Crown kedua berwarna hitam kusam, diubah suai Sense Brand dengan meletakkan dua set paip di sisi luar bampar belakang. Empat lagi ekzos ditambah dekat difuser belakang dan dua daripadanya bersaiz besar seperti jet pejuang.

Setakat ini, pengeluar itu belum mengumumkan lagi harga sistem ekzos ekstrem itu. Pastinya bukan murah kerana itu ialah produk kustom menggunakan tangan.

Toyota-Sense-Brand-3
Toyota-Sense-Brand-19
Toyota-Sense-Brand-16
Toyota-Sense-Brand-18
Toyota-Sense-Brand-15
Toyota-Sense-Brand-14
Toyota-Sense-Brand-1
Toyota-Sense-Brand-2
Toyota-Sense-Brand-4
Toyota-Sense-Brand-7
Toyota-Sense-Brand-17
Toyota-Sense-Brand-11
Toyota-Sense-Brand-10
Toyota-Sense-Brand-9

SUMBER: CarScoops

Related

803
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, ekzos, ekzos aftermarket, Sense Brand, Sistem Ekzos Kereta, Tokyo Auto Saloon (TAS) 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev