• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

January 14, 2020 By admin.pandulaju 1 Comment

16.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA dijangka memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B baharu pada penggal kedua tahun ini, menurut laporan TheEdge.

Pengeluar nasional kedua itu dikatakan sedang bersiap sedia melancarkan SUV tersebut yang akan diposisikan di bawah SUV 7-kerusi Aruz yang berharga RM70,000-RM80,000. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza juga sudah lama tidak berganti sejak kali terakhir debut pada 2009, manakala versi facelift paling terakhir diperkenalkan pada 2018.

BACA >>> #TMS2019: Model Daihatsu Tanpa Nama Ini Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Toyota Raize.14
Toyota Raize.20
Toyota Raize.06

SUV segmen-B 5-kerusi Perodua, yang juga disebut-sebut sebagai Kembara baharu, khabarnya akan menggunakan Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA). Platform ini turut digunakan Toyota untuk SUV Raize yang dilancarkan November tahun lalu.

Jika menjadikan Raize sebagai rujukan, SUV Perodua nanti bakal dipacukan enjin 3-silinder 1.0L 1KR-VET Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.

Toyota Raize.08
Toyota Raize.03

Dari segi dimensi, Raize dikatakan lebih kecil daripada Hona HR-V dan Geely Binyue (Proton X50), teapi masih lebih besar daripada Daihatsu Terios atau Kembara.

Menariknya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad sebenarnya pernah ditanya mengenai SUV tersebut tetapi beliau nampaknya lebih berminat memperkatakan tentang enjin 1.0L pengecas turbo.

"Apa yang menarik, enjin itu menggunakan teknologi baharu dan kalau kita boleh bawa ke Malaysia, ia akan jadi senario berbeza. Saya selalu tekankan teknologi adalah untuk semua, tetapi saya tidak kata ya atau bila. Insya-Allah kita lihat nanti," katanya.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

SUMBER: TheEdge

Related

16.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Perodua, Roda 4, Sistem Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, SUV Baharu Perodua, SUV Perodua, SUV Perodua malaysia

Comments

  1. Francis kepu says

    January 23, 2020 at 3:13 AM

    Saya minat bossku

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev