• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jepun Baru Dapat Honda Civic Sedan, Hatchback Facelift, Harga Mula RM103k

Jepun Baru Dapat Honda Civic Sedan, Hatchback Facelift, Harga Mula RM103k

January 13, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN memperkenalkan Civic Type R versi dipertingkat (facelift) di Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, Honda turut menggunakan acara sama untuk melancarkan Civic Sedan dan Hatchback facelift.

Jika Civic Type R facelift tampil kali pertama di Tokyo, Civic Sedan dan Hatchback facelift pula tiba agak lewat di Jepun berbanding pasaran lain, termasuk negara kita.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

Rupa luaran Civic Sedan edisi facelift itu nampak sama saja dengan pasaran lain, kecuali ciri Honda Sensing yang dipakejkan standard untuk semua varian. Ada bampar baharu dan juga warna baharu untuk rim aloi dengan rekaan sama seperti Civic tempatan pra-facelift dengan rim baharu bentuk 'kipas' tajam.

Menggerakkan Civic ialah enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 171hp @ 5,500 rpm dan tork 220Nm @ 1,700- 5,500rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT.

BACA >>> Honda Civic Type-R 'Project' Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir

Honda Civic sedan JDM 2020.01
Honda Civic sedan JDM 2020.02
Honda Civic sedan JDM 2020.03
Honda Civic sedan JDM 2020.04
Honda Civic sedan JDM 2020.05
Honda Civic sedan JDM 2020.06
Honda Civic sedan JDM 2020.07
Honda Civic sedan JDM 2020.08
Honda Civic sedan JDM 2020.09
Honda Civic sedan JDM 2020.10
Honda Civic sedan JDM 2020.11

HONDA CIVIC HATCHBACK FACELIFT

Civic Hatchback edisi facelift pula lebih menyerlah ibarat 'adik' kepada Type R. Bampar depan dan belakang menampilkan rekabentuk agresif agresif, terutama bahagian sisi kiri dan kanan. Ciri sporty ditambah pula aksesori pilihan seperti bumbung suria besar.

Rupa agresif itu dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan dan batang tombol gear pendek sporty. Model hatchback ini dipacukan enjin 1.5L VTEC Turbo, sama seperti model sedan. Namun, kuasa Civic Hatchback lebih tinggi, 180hp @ 5,500rpm untuk transmisi manual, dan 180hp @ 6,000rpm untuk transmisi automatik CVT.

Tork pada varian manual juga lebih tinggi, 240Nm @ 1,900-5,000rpm, manakala varian CVT kekal sama seperti sedan, 220Nm @ 1,700-5,500rpm.

Seandainya ada ditawarkan di pasaran Malaysia, Civic Hatchback ini dilihat mampu memenuhi cita rasa ramai peminat Honda yang mahukan varian sporty pada harga lebih rendah berbanding Type R.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

Honda Civic Hatchback JDM 2020.01
Honda Civic Hatchback JDM 2020.02
Honda Civic Hatchback JDM 2020.03
Honda Civic Hatchback JDM 2020.04
Honda Civic Hatchback JDM 2020.05
Honda Civic Hatchback JDM 2020.06
Honda Civic Hatchback JDM 2020.07
Honda Civic Hatchback JDM 2020.08
Honda Civic Hatchback JDM 2020.09
Honda Civic Hatchback JDM 2020.10
Honda Civic Hatchback JDM 2020.11
Honda Civic Hatchback JDM 2020.15
Honda Civic Hatchback JDM 2020.16
Honda Civic Hatchback JDM 2020.17
Honda Civic Hatchback JDM 2020.18
Honda Civic Hatchback JDM 2020.19
Honda Civic Hatchback JDM 2020.20
Honda Civic Hatchback JDM 2020.12
Honda Civic Hatchback JDM 2020.13
Honda Civic Hatchback JDM 2020.14

VARIAN DAN HARGA HONDA CIVIC FACELIFT SPESIFIKASI JEPUN

  • Civic Sedan - 2,761,000 yen (RM102,830)
  • Civic Hatchback - 2,948,000 yen (RM109,800), CVT | 2,948,000 yen (RM109,800), MT

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Hatchback, Honda Civic Sedan, honda sensing, Roda4, TAS 2020, Tokyo Auto Salon (TAS) 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev